Ahad, 27 Disember 2020 | 10:24am
Antara laluan trek di Sireh Park yang tenang dan mendamaikan dikelilingi pohon hijau. -Foto/Ihsan Sirek Park
Antara laluan trek di Sireh Park yang tenang dan mendamaikan dikelilingi pohon hijau. -Foto/Ihsan Sirek Park
Pengunjung bebas merakam video dan mengambil gambar keindahan alam di sekitah Sireh Park.- Foto/Ihsan Sireh Park
Pengunjung bebas merakam video dan mengambil gambar keindahan alam di sekitah Sireh Park.- Foto/Ihsan Sireh Park

Taman warisan semula jadi

SEBUT sahaja Sireh Park, di Johor pastinya lokasi ini tidak asing buat penggemar aktiviti pendakian atau 'kaki hiking'.

Lokasi Sireh Park ini berhampiran Horizon Hill dan Taman Nusa Idaman, Bukit Indah adalah sebuah taman awam kategori taman wilayah yang memiliki keluasan 138 hektar.

Dibangunkan sebagai sebuah taman warisan semula jadi, ia menjadi kawasannya padat dengan koleksi flora dan fauna serta warisan biodiversiti tempatan.

Dibuka kepada umum, pada November 2017 sempena Hari Landskap Negeri Johor, ia juga sebagai pemangkin kepada pembangunan lestari di Iskandar Puteri.

Rentasi jambatan mudahkan penerokaan alam semula jadi di kawasan puncak bukit.- Foto/Ihsan Bukit Sireh
Rentasi jambatan mudahkan penerokaan alam semula jadi di kawasan puncak bukit.- Foto/Ihsan Bukit Sireh

Malah, taman ini turut mengetengahkan prinsip rekreasi, pendidikan dan saintifik.

Laluan trek mencabar

Diuruskan oleh 'The Nusajaya Natural Heritage Trust' iaitu sebuah badan tidak berkeuntungan, nama Sireh yang dipilih atas keunikan tumbuhan di juga membawa singkatan kepada Sustainable, Initiatives, Recreational dan Educational Haven.

Mempunyai tiga puncak bukit dengan ketinggian berbeza. Pastinya laluan trek mencabar menanti pengunjung mengikut ketinggian puncak.

Puncak pertama kebiasaannya mampu didaki oleh semua peringkat usia, dengan laluan trek mudah ia ternyata memberi pengalaman menarik kepada pengunjung yang baru kali pertama menjejak kaki ke sini.

Pemandangan indah di puncak bukit

Jambatan sepanjang 50 meter dengan ketinggian lima meter dari atas tanah melengkapkan perjalanan pengunjung dari puncak kedua menuju puncak ketiga. -Foto/Ihsan Sireh Park
Jambatan sepanjang 50 meter dengan ketinggian lima meter dari atas tanah melengkapkan perjalanan pengunjung dari puncak kedua menuju puncak ketiga. -Foto/Ihsan Sireh Park

Tidak seperti mendaki gunung, bukit di Sireh Park ini. Laluan trek ini lebih sesuai mereka yang masih baru berjinak dengan aktiviti mendaki.

Laluan ke puncak pertama bukit lebih landai, namun apabila meneruskan laluan menuju ke puncak kedua cabaran berbeza kerana laluan semakin tinggi namun tidak curam dan tidak membahayakan.

Ketua Pengurusannya, Faisal Mohd Nor suasana perjalanan pendakian pengunjung turut disajikan dengan pemandangan indah dengan lebih 1,300 pokok di sekitar Sireh Park.

Katanya dengan ketinggian pada 87 meter dari paras laut, pastinya membolehkan pengunjung melihat kepesatan Kota Iskandar di puncak bukit ketiga.

"Sireh Park ini mempunyai kelainan dan kita kekalkan rupa asal bentuk bumi di kawasan ini dan boleh menghirup udara segar serta semula jadi.

"Kita juga sentiasa mencipta semula dan meningkatkan biodiversiti dengan menanam lebih banyak pokok hutan di kawasan ini.

"Pengunjung di sini yang datang dari pelbagai sukan berbeza, ada yang menjadikan laluan trek di sini sebagai riadah berjalan kaki, berjoging, berlari, mendaki malah ada berbasikal," katanya juga terdapat landskap menarik dibina semasa Hari Landskap Johor 2017.

14 reka bentuk wakil PBT

Berbasikal di laluan trek antara aktiviti popular di Sireh Park.- Foto/Sireh Park
Berbasikal di laluan trek antara aktiviti popular di Sireh Park.- Foto/Sireh Park

Faisal berkata, pengunjung mempunyai pilihan sama ada mahu menaiki bukit atau boleh beriadah di bahagian bawah sahaja.

Katanya, dengan hasil kreatif terdapat 14 reka bentuk yang mewakili setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini yang menyertai pertandingan ketika Hari Landskap Johor 2017.

"Ia menjadi tarikan pengunjung dengan mengambil gambar kenangan di kawasan itu.

"Contohnya, Majlis Perbandaran Pengerang mewujudkan replika ombak dengan lukisan 'doodle' hidupan laut. Majlis daerah Muar replika rumah kayu lama.

"Majlis daerah Pontian membina replika globe besar melambangkan Tanjung Piai yang menjadi penghujung benua Asia.

"Majlis daerah Kluang menempatkan replika kereta api sebagai simbolik daerah itu," katanya yang memaklumkan kawasan ini turut dipilih bagi

acara "down hill" mountain hiking untuk SUKMA Johor 2020 yang terpaksa ditangguhkan akibat pendemik COVID-19.

Naik taraf simbolik setiap PBT

Pernah memenangi Anugerah "Place Making" My Place Award 2019 - Platinum Winner (by Malaysian Institute of Planners).

Sireh Park sentiasa mengalu-alukan penanaman pokok di kawasanya dengan penganjuran aktiviti seumpama itu bagi menambah baik biodiversiti di taman dan sebagai salah satu pemangkin agenda SDGs (Sustainability Development Goals).

Bercerita lanjut, Faisal berkata pihaknya dalam perancangan pelan induk hutan semula atau 'reforestation'.

Katanya, ia sebagai jangka masa panjang bersama pakar perunding.

"Perkara itu, kini sedang dalam perbincangan dan dicadangkan akan membuat langkah pertama kajian pada tahun hadapan.

"Kami juga dalam perancangan menaik taraf dan penambahbaikan kesemua lama kreatif supaya simbolik setiap PBT ini dapat dikekalkan", katanya.

Berita Harian X