Ahad, 13 Oktober 2019 | 10:01am

Lukisan alam di Jalan Alor

JALAN Alor, Jalan Rumbia dan Changkat Bukit Bintang di ibu kota, dahulu terkenal sebagai lokasi hitam yang dikaitkan dengan sarang maksiat dan ‘port’ orang melakukan jenayah.

Namun, terpulang kepada individu tujuan mereka ke lokasi berkenaan. Menariknya suasana bertukar menjadi kawasan yang indah dan menarik.


KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER 2019. (untuk Hidayah BH) Lukisan mural di Jalan Alor yang terlibat dalam projek pengindahan laluan penjalan kaki. NSTP/MUSTAFFA KAMAL.

KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER 2019. (untuk Hidayah BH) Lukisan mural di Jalan Alor yang terlibat dalam projek pengindahan laluan penjalan kaki. NSTP/MUSTAFFA KAMAL.

Malah, lorong kecil yang kotor dan busuk, kini adalah lokasi tarikan pelancong. Lima lorong kecil di sekitarnya dibersihkan dan dinding belakang kedai dan bangunan setinggi enam tingkat, dilengkapi dengan pelbagai corak lukisan mural yang cantik.

Lorong pejalan kaki berhampiran pusat beli-belah, antaranya Sungei Wang Plaza, Lot 10 dan Pavilion membuatkan ramai warga kota, pelancong domestik dan antarabangsa gemar ke sana.


KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER 2019. (untuk Hidayah BH) Lukisan mural di Jalan Alor yang terlibat dalam projek pengindahan laluan penjalan kaki. NSTP/MUSTAFFA KAMAL.

Berjalan di kawasan itu seakan-akan berada dalam taman kerana dinding bangunan yang dulunya kelam dan kelabu, di warni lukisan pokok serta serangga antaranya pepatung, rama-rama, burung, kumbang dan siput.

Lukisan mural itu adalah projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertujuan menaik taraf kawasan di sekitar ibu kota bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara menghargai lokasi terbiar.


KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER 2019. (untuk Hidayah BH) Lukisan mural di Jalan Petaling yang terlibat dalam projek pengindahan laluan penjalan kaki. NSTP/MUSTAFFA KAMAL.

Di lorong berkenaan dapat lukisan berkonsepkan alam semula jadi bagi memberi aura baharu selain membuatkan pengunjung rasa selamat.

Sepanjang meninjau kawasan itu, penulis mendapati ramai golongan muda berusia antara 18 hingga 30 tahun mengambil kesempatan bergambar dengan pelbagai gaya untuk dikongsi ke laman sosial mereka.


KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER 2019. (untuk Hidayah BH). Pemandu dari Filipina, Jhey Arr Alvarez, 38. NSTP/MUSTAFFA KAMAL.

KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER 2019. (untuk Hidayah BH). Pelajar dari Kuala Lumpur, Tan Xue Ren, 18. NSTP/MUSTAFFA KAMAL.

Pelajar kolej Swasta dari Shah Alam, Tan Xuw Ren, 18, sanggup bangun awal pagi bersama 10 lagi rakannya datang ke kawasan itu untuk menyaksikan keunikan lukisan mural itu

Beliau akui lukisan mural di sekitar lorong itu memang cantik dan indah bagaikan berada dalam taman.


KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER 2019. (untuk Hidayah BH) Lukisan mural di Jalan Petaling yang terlibat dalam projek pengindahan laluan penjalan kaki. NSTP/MUSTAFFA KAMAL.

Pemandangan unik itu menjadikan lokasi di Jalan Alor sebagai tempat istimewa dan memberikan suasana menarik yang boleh melekakan kita seketika.

“Sebelum ini lokasi itu kurang dihargai kerana keadaan yang tidak sesuai dijadikan tempat riadah. Tetapi lukisan mural ini menghidupkan suasana dan memberi aura segar.

“Orang yang melintasi kawasan itu tidak perlu bimbang kerana lorong belakang kini sudah menjadi tempat tarikan pelancong yang selamat dan selesa.

“Saya sarankan lebih banyak lorong di Kuala Lumpur diperindahkan dengan lukisan mural bagi mengelak aktiviti vandalisme dan jenayah lain.

Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), Ahmad Afi Ahmad Ridzuan, 22, berkunjung bersama lima rakannya dari Kuantan berkata, mereka ke lorong itu kerana terpengaruh dengan keunikan gambar yang dipaparkan pengguna laman sosial.


Pelajar dari Kuantan, Ahmad Afi Ahmad Ridzuan (kiri) dan Pelajar University of Padjadjaran, Bandung, Indonesia, Rizha Anantha . - NSTP/Mustaffa Kamal

“Gambar dikongsi sangat menarik dan cantik dengan warna terang dengan konsep dalam taman. Jadi saya juga ingin merakam gambar dan merasai pengalaman sendiri berkunjung ke sini.

“Memang lukisan di sini cantik dan berpotensi menjadi lokasi tarikan pelancong, cuma tempat ini perlu sentiasa bersih.

Pelajar dari University of Padjadjaran, Bandung, Indonesia, Rizha Anantha, 21, yang mengikut program pendidikan di Perak teruja menyaksikan pemandangan taman di kota metropolitan.

“Tenang apabila lihat lukisan ini. Gambar dipaparkan sangat menarik. Diharapkan lebih banyak lukisan motif lain di sini,” katanya.

Tidak kurang menjadikan kawasan ini lokasi penggambaran seperti pra-perkahwinan bakal pengantin.

Bagi bakal pengantin dari Riau, Indonesia, Irham Nanda, 30 dan Maria Mussara Mitas 23, sanggup datang ke sini semata-mata ingin merakam detik indah di sekitar ibu kota termasuk di Jalan Alor.

Pegawai hornor pemerintahan provinsi itu berkata, mereka mengetahui lokasi itu di laman Instagram dan ingin memberikan kelainan dalam gambar ketika majlis persandingan resepsi November ini.

Pelancong Filipina, Jhey Arr Alvarez, 38, memilih Jalan Alor sebagai lokasi beriadah bersama isterinya.

Pemandu syarikat katering ini berkata, lukisan memaparkan konsep ala taman berlatar belakangkan rona alam dan warna terang di kedai serta bangunan memberi aura baharu buat pelancong sepertinya.

“Sangat cantik dan unik. Tujuan saya ke Kuala Lumpur ingin mencuba sajian makanan tempatan dan pada masa sama melihat keindahan bandar raya ini.

“Di Filipina tak ada lukisan seperti ini. Jika ada hanya di tembok gelanggang bola keranjang dan tenis.

“Saya akan berkongsi kenangan di sini dengan rakan lain apabila pulang ke tanah air," katanya.

INFO:

Jalan Alor

* Asalnya bermaksud alor atau alur yang juga sungai kecil atau terusan.

* Walaupun tiada bukti fizikal adanya sungai di situ tetapi peta Kuala Lumpur pada 1921 menunjukkan terdapatnya sungai yang mengalir sepanjang laluan itu.

* Lukisan mural di lima lorong di belakang kedai.

KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER 2019. (untuk Hidayah BH) Lukisan mural di Jalan Alor yang terlibat dalam projek pengindahan laluan penjalan kaki. NSTP/MUSTAFFA KAMAL.
Berita Harian X