Ahad, 5 Jun 2022 | 5:16pm
Artifak seperti senjata yang dipercayai berkait rapat dengan Mustafa Raja Keumala. - NSTP/Rosman Shamsudin
Artifak seperti senjata yang dipercayai berkait rapat dengan Mustafa Raja Keumala. - NSTP/Rosman Shamsudin

Tanjung Malim sarat kisah pensejarahan

PENGHULU pertama Tanjung Malim yang dahulunya yang dikenali sebagai Tanjung Jambu atau Kampung Jambu, Mustafa Raja Keumala berasal dari Mukim Keumala, Acheh, Indonesia mempunyai kisah menarik yang dikaitkan dengan asal-usul daerah itu.

Mustafa Raja Keumala menjadi penghulu pertama di daerah berkenaan pada 1876 dikatakan sudah menabur bakti dalam pelbagai aspek.

Ketokohannya, kewibawaan dan kepimpinannya terserlah dengan memberi sumbangan besar pada kurun ke-19.

Antaranya menyediakan tanah, rumah dan pejabat kerajaan di pekan lama Tanjung Malim dan membaik pulih pangkalan perahu di Sungai Bernam serta pembinaan rumah pasong (balai polis) sekali gus meningkatkan kemakmuran di daerah ini sehingga hari ini.

Dr Harleny menunjukkan hasil kajian bertajuk Susur Galur Jurai Keturunan Mustafa Raja Keumala. - NSTP/Rosman Shamsudin
Dr Harleny menunjukkan hasil kajian bertajuk Susur Galur Jurai Keturunan Mustafa Raja Keumala. - NSTP/Rosman Shamsudin

Unik dari segi pensejarahan

Justeru, Tanjung Malim, Perak, yang berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa dan Sungai Bernam di sisinya mencatat pelbagai keunikan dari segi pensejarahan.

Menerusi kajian berterusan selama 20 tahun sejak 2001 oleh pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya merungkaikan asal-usul, Mustafa Raja Keumala .

Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Dr Harleny Abd Arif, yang melakukan kajian ilmiah pada 2001 di peringkat ijazah sarjana dalam bidang Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai hubung kait dengan Mustafa Raja Keumala, iaitu moyang kepada datuknya.

Beliau mengkaji susur galur keturunan Mustafa Raja Keumala berbekalkan salinan salasilah versi Jawi yang disimpan oleh keluarganya.

Mendapat inspirasi melakukan penyelidikan mengenai salasilah keluarga, selain mendokumentasikan artifak keluarga.

"Mengikut susur galur itu, saya adalah generasi keenam dalam keluarga berkenaan," katanya.

Temui artifak

Selain itu, beliau juga menemukan pelbagai sumber termasuk artifak keluarga penghulu pertama, antaranya visual yang diperoleh daripada katalog di Balai Seni Negara.

Artifak itu adalah senjata dan set hidangan daripada seramik yang dipercayai berkait rapat dengan Mustafa Raja Keumala.

Antara artifak berupa set hidangan milik Penghulu Pertama Tanjung Malim, Mustafa Raja Keumala dipercayai berusia 150 tahun. - NSTP/Rosman Shamsudin
Antara artifak berupa set hidangan milik Penghulu Pertama Tanjung Malim, Mustafa Raja Keumala dipercayai berusia 150 tahun. - NSTP/Rosman Shamsudin

"Malah, artifak yang ditemui juga mempunyai keistimewaan tersendiri dan masih disimpan dengan baik oleh generasi keturunannya sehingga kini," katanya.

Harleny berkata, artifak seramik yang ditemui dipercayai dari Belanda yang kebiasaannya dimiliki oleh golongan pembesar diraja.

"Begitu juga dengan pelbagai jenis senjata dipercayai milik peribadi, selain menjadi barang pertukaran hadiah dan berkait rapat dengan penghijrahan Mustafa Raja Keumala ke Tanah Melayu.

"Kajian ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara waris daripada keturunan sama terutama yang terpisah lama," katanya.

Membina ikatan erat

Beliau juga sudah bertemu dengan waris yang mempunyai pertalian sama di pelbagai ceruk rantau.

Keluarga ini dikenal melalui gelaran Raja Keumala yang secara tradisinya diguna pakai selepas nama.

Dipercayai waris bagi keturunan ini juga berada di serata pelosok termasuk di benua Eropah.

Antara artifak berupa set hidangan milik Penghulu Pertama Tanjung Malim, Mustafa Raja Keumala dipercayai berusia 150 tahun. - NSTP/Rosman Shamsudin
Antara artifak berupa set hidangan milik Penghulu Pertama Tanjung Malim, Mustafa Raja Keumala dipercayai berusia 150 tahun. - NSTP/Rosman Shamsudin

Dengan menemui waris ini secara tidak langsung membentuk ikatan kekeluargaan lebih erat walaupun jarak memisahkan mereka.

"Menelusuri salasilah ini memberi makna amat besar kerana dapat memupuk rasa cinta, penghargaan terhadap ketokohan dan kebaktian moyang yang pada suatu masa dahulu adalah tokoh tempatan disegani.

Yang pasti beliau bangga dengan Mustafa Raja Keumala sekali gus menjadi bukti kemakmuran yang dikecapi dalam tempoh seabad ini adalah kelangsungan daripada ketokohannya.

Antara artifak berupa set hidangan milik Penghulu Pertama Tanjung Malim, Mustafa Raja Keumala dipercayai berusia 150 tahun. - NSTP/Rosman Shamsudin
Antara artifak berupa set hidangan milik Penghulu Pertama Tanjung Malim, Mustafa Raja Keumala dipercayai berusia 150 tahun. - NSTP/Rosman Shamsudin

Antara artifak berupa set hidangan milik Penghulu Pertama Tanjung Malim, Mustafa Raja Keumala dipercayai berusia 150 tahun. - NSTP/Rosman Shamsudin
Antara artifak berupa set hidangan milik Penghulu Pertama Tanjung Malim, Mustafa Raja Keumala dipercayai berusia 150 tahun. - NSTP/Rosman Shamsudin

Berita Harian X