Sabtu, 7 Julai 2018 | 9:57am

Khasiat air kelapa

Cuaca panas dan kurang minum air menyebabkan tubuh terdedah kepada masalah dehidrasi dan keletihan melampau.

Kehilangan atau kekurangan air dalam badan boleh di atasi dengan minum banyak air.

Gabungan air isotonik dengan air kelapa, umpamanya mampu memulihkan dehidrasi dan dipercayai berfungsi melancarkan proses berkenaan bagi mengembalikan semula cecair yang hilang.

Ahli Strategis Nutraseutikal Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Azhar Mat Easa, berkata pihaknya menerokai keajaiban air kelapa yang memberi manfaat kepada tubuh.

Beliau berkata, untuk kesan yang terbaik minuman ini sepanjang hari.

Katanya, minuman isotonik daripada ekstrak air kelapa, kaya dengan elektrolit semula jadi yang berfungsi memberikan tenaga.

Elektrolit yang terkandung di dalamnya seperti natrium, kalsium, kalium dan magnesium membekalkan tenaga untuk anda kekal segar sepanjang hari.

"Minuman ini membekalkan zat dan mineral yang menampung keperluan nutrisi badan, melancarkan proses rehidrasi bagi membolehkan air diserap segera dalam tubuh.

"Kandungan gula semula jadi dalam air kelapa membekalkan tenaga. Anda disaran minum air kelapa pada waktu pagi untuk kekal cergas sepanjang hari," katanya.

Berita Harian X