Ahad, 23 Ogos 2020 | 10:36am
Kawasan unik terpencil Sky Mirror di sekitar pesisir pantai.
Kawasan unik terpencil Sky Mirror di sekitar pesisir pantai.
Pemandangan indah di sekitar Desaru Coast mendamaikan.
Pemandangan indah di sekitar Desaru Coast mendamaikan.

Abadikan kenangan di Desaru

SEBUT sahaja Desaru, pasti terbayang kewujudan pantai di tepian Laut China Selatan itu yang menjadi tempat utama pengunjung bercuti untuk berehat dan meneroka pemandangan yang indah.

Nikmat bersantai tidak lengkap jika terlepas peluang untuk menginap sambil meneroka pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan seisi keluarga di kawasan sekitarnya dan menjadikan ia pilihan sebagai destinasi yang menggamit memori.

Menerusi tempahan pakej penginapan eksklusif secara dalam talian, Klook, senarai semak merangkumi penginapan pilihan Desaru Coast termasuk aktiviti menarik pada harga yang berbaloi pasti menjanjikan percutian paling santai di selatan Semenanjung ini.

Penginapan pilihan di Desaru Coast menyediakan pelbagai aktiviti menarik menjanjikan percutian berbaloi di selatan tanah air ini.

Antara pilihan penginapan di Desaru Coast.
Antara pilihan penginapan di Desaru Coast.

Perjalanan dari Johor Baharu menerusi Lebuhraya Senai-Desaru membawa anda ke laluan menuju ke Desaru Coast.

Maka dari situ bermula percutian yang diimpikan tambahan pula apabila anda berpeluang menikmati pakej menginap eksklusif Klook dengan potongan sehingga 60 peratus, selain merasai faedah tambahan seperti sesi urutan, pas ke tempat tarikan serta kredit makanan dan minuman (F&B). Pakej ini bermula Julai hingga penghujung September depan.

Sesuai bagi yang datang secara berkumpulan mahupun berkeluarga, tempat menjadi pilihan utama adalah di Adventure Waterpark Desaru Coast yang berlatar belakangkan perkampungan tradisional nelayan ketika melalui pintu masuk dari Hotel Hard Rock Desaru.

Pemandangan indah di sekitar Desaru Coast mendamaikan.
Pemandangan indah di sekitar Desaru Coast mendamaikan.

Taman tema air antara yang terbesar di Malaysia berkeluasan 8.49 hektar itu memberi peluang mereka untuk merasai permainan ekstrem seperti The Tempest, iaitu gelongsor air dengan cerun 7.32 meter, selain Kraken's Revenge iaitu 'roller coaster' pada ketinggian 30 meter tambahan pula 'dijunamkan' melalui air pada kecerunan 27 meter.

Abadikan kenangan

Pemandangan indah di sekitar Desaru Coast mendamaikan.
Pemandangan indah di sekitar Desaru Coast mendamaikan.

Berbeza pada mereka yang inginkan kepuasan panorama alam semula jadi pula, anda akan terpukau dijamu dengan pemandangan cantik ketika matahari terbit dari The Westin Desaru Coast Resort, seawal 6.30 pagi.

Sebelum memulakan tentatif ke kawasan unik 'terpencil' iaitu Sky Mirror sekitar pesisir pantai antara jam 7.30 pagi hingga 9 pagi untuk mengabadikan kenangan.

Suasana pantai awam bertemankan pokok rendang, air kebiruan dan deruan ombak membuatkan Desaru Coast mempunyai keistimewaan tersendiri.

Pantai sepanjang 17 kilometer bersih dengan pasir memutih gebu. Lokasi ini sesuai dikunjungi terutama pada April hingga Oktober yang turut menyediakan pakej menarik merangkumi Dash Outdoors seperti kayak, jetski dan aktiviti 'banana boat'.

Pemandangan indah di sekitar Desaru Coast mendamaikan.
Pemandangan indah di sekitar Desaru Coast mendamaikan.

Terokai dusun buah-buahan

Keseronokan tidak terhenti setakat itu kerana destinasi ke dusun Desaru Fruit Farm Agro Tourism yang mempunyai lebih 100 buah-buahan tropika juga sebahagian daripada pilihan pas tarikan yang melengkapi percutian sekeluarga.

Perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit dengan menggunakan perkhidmatan bas pengantara yang disediakan dari lokasi penginapan Desaru Coast.

Dusun seluas 32.38 hektar itu turut dilengkapi taman herba, mini zoo, aktiviti kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) dan galeri yang mempamerkan peralatan kebun lama seperti mesin memproses getah.

Terdapat trak dan pemandu pelancong yang akan mengiringi penerokaan di dusun itu sebelum anda sudahi pengembaraan seharian sambil basahkan tekak dengan mencuba jus buah manis campuran berlatar belakangkan pancutan air kolam ikan.

Usai mengunjungi tempat menarik manjakan diri di Desaru Coast Rock Spa yang beroperasi sehingga 10 malam dan disyorkan urutan Asia-Blend dengan haruman minyak pilihan antaranya serai wangi, lavender atau lemon.

Berita Harian X