Ahad, 27 Januari 2019 | 2:39pm
Puncak Peak of Hope dengan ketinggian 2,050 dari aras laut menjadi tarikan terbaru kepada pengunjung. - NSTP/Recqueal Raimi
Puncak Peak of Hope dengan ketinggian 2,050 dari aras laut menjadi tarikan terbaru kepada pengunjung. - NSTP/Recqueal Raimi

Nikmati keindahan laut, matahari terbenam dari puncak Peak of Hope

TENANG dan mendamaikan. Pemandangan dihiasi panorama matahari terbenam dari puncak Peak of Hope di Tuaran, Sabah cukup mengagumkan.

Lebih-lebih lagi, sebaik keadaan hiruk-pikuk seharian mulai perlahan-lahan sunyi dirasai saat menunggu detik senja. Di puncak bukit itu, sesiapa saja pasti menikmati angin bertiup perlahan dengan pesona matahari terbenam pada ketinggian 2,050 meter dari aras laut.

Peak of hope, atau dalam bahasa Melayu, Puncak Harapan terletak di Kampung Mosung, Tuaran kira-kira 40 kilometer dari Kota Kinabalu dan dibuka kepada orang ramai sejak Oktober 2018.

Bagi yang mencari lokasi riadah dan santai di hujung minggu terutama pada waktu petang, Peak of Hope pastinya tidak akan mengecewakan.

Antara kemudahan atau kawasan yang menjadi tarikan pengunjung untuk bergambar di puncak Peak of Hope. - NSTP/Recqueal Raimi
Antara kemudahan atau kawasan yang menjadi tarikan pengunjung untuk bergambar di puncak Peak of Hope. - NSTP/Recqueal Raimi

Peak of Hope menyediakan aktiviti lasak bagi pengunjung yang mahu meninjau kawasan seluas 20 hektar menggunakan Quad Bike. - NSTP/Recqueal Raimi
Peak of Hope menyediakan aktiviti lasak bagi pengunjung yang mahu meninjau kawasan seluas 20 hektar menggunakan Quad Bike. - NSTP/Recqueal Raimi

Pelbagai aktiviti menarik

Bermula di simpang Jalan Kindu Tuaran, pengunjung akan diambil menggunakan kenderaan pacuan empat roda sejauh tiga kilometer (km) menaiki puncak berikutan laluan curam dan belum berturap.

Berhiaskan taman tema keluarga, Peak of Hope menawarkan pelbagai aktiviti menarik namun keutamaannya adalah kemudahan yang disediakan untuk mengambil gambar atau merakamkan kenangan berlatarbelakangkan pemandangan menarik.

Selain bersantai, pengunjung dibenarkan menjalankan aktiviti barbeku (BBQ), bermain layang-layang, belon air dan sebagainya di bawah pemantauan petugas. Berhadapan pemandangan laut dan matahari terbenam,

Peak of Hope yang puncaknya dikatakan berbentuk 'seekor naga' menurut pemiliknya, turut menyediakan aktiviti lasak, antaranya Kenderaan Penalaan Pendahuluan (ATV) iaitu 'Quad Bike'. Pengunjung boleh mengelilingi puncak secara berkumpulan ditemani jurupandu selama 40 minit.

Seisi keluarga turut menjadikan Peak of Hope sebagai destinasi berkunjung ketika hujung minggu. - NSTP/Recqueal Raimi
Seisi keluarga turut menjadikan Peak of Hope sebagai destinasi berkunjung ketika hujung minggu. - NSTP/Recqueal Raimi

Antara kemudahan yang disediakan di puncak Peak of Hope. - NSTP/Recqueal Raimi
Antara kemudahan yang disediakan di puncak Peak of Hope. - NSTP/Recqueal Raimi

Aktiviti paragliding turut disediakan kepada pengunjung melihat pemandangan sekitar Tuaran. - NSTP/Recqueal Raimi
Aktiviti paragliding turut disediakan kepada pengunjung melihat pemandangan sekitar Tuaran. - NSTP/Recqueal Raimi

Pengalaman terawang-awang di udara

Peminat sukan luncur udara berpeluang menjalani aktiviti Paragliding selama 20 minit untuk merasai pengalaman terawang-awang di udara sambil mata menikmati pemandangan 360 darjah.

Pengurus dan pemilik Peak of Hope, John Ngu Kiong Ho, 30, yang berasal dari Sarawak berkata, selepas berkahwin dengan wanita pilihan hatinya berasal dari Sabah, dia berhasrat mengusahakan kebun durian Musang King selepas membeli tanah seluas 20 hektar di kawasan itu.

Beliau kemudian terlintas di fikiran mengubah kawasan puncak berkenaan menjadi tumpuan pengunjung berikutan lokasi yang strategik untuk melihat pemandangan matahari terbit dan terbenam.

Pengunjung berpeluang menyaksikan matahari terbenam di puncak Peak of Hope. - NSTP/Recqueal Raimi
Pengunjung berpeluang menyaksikan matahari terbenam di puncak Peak of Hope. - NSTP/Recqueal Raimi

Indah lihat bintang pada waktu malam

“Sementara menunggu pokok durian membesar dan berbuah yang diusahakannya kawasan ini supaya pengunjung mempunyai pilihan tempat berkunjung yang menarik.

"Setakat ini, ia belum siap sepenuhnya dan menggunakan tenaga solar kerana saya bakal menambah aktiviti Zipline, Taman Arnab dan menambah pakej bermalam di khemah yang dijangka bermula pada Mac ini. Jadi, pengunjung boleh melihat pemandangan bintang pada waktu malam," katanya.

Kiong Ho menambah, dia turut menyediakan kantin dan gerai untuk memudahkan pengunjung membeli makanan dan minuman.

Peak of Hope dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 7 malam manakala bayaran dikenakan kepada kanak-kanak 8 tahun sehingga 12 tahun adalah RM10, Dewasa RM20 dan bagi orang kurang upaya (OKU) serta kanak-kanak tujuh tahun ke bawah adalah percuma.

Air kelapa turut dijual di puncak Peak of Hope. - NSTP/Recqueal Raimi
Air kelapa turut dijual di puncak Peak of Hope. - NSTP/Recqueal Raimi

Pasangan yang bakal berkahwin turut menjadikan puncak Peak of Hope sebagai lokasi penggambaran pra-perkahwinan. - NSTP/Recqueal Raimi
Pasangan yang bakal berkahwin turut menjadikan puncak Peak of Hope sebagai lokasi penggambaran pra-perkahwinan. - NSTP/Recqueal Raimi

INFO:

Peak of Hope

• Terletak di Kampung Mosung, Tuaran kira-kira 40 kilometer dari Kota Kinabalu

• Dibuka setiap hari bermula 8 pagi sehingga 7 malam

• Pengunjung gemar bergambar di puncak Peak of Hope

• Pemandangan menarik ketika matahari terbenam dengan ketinggian 2,050 meter

• Menyediakan cabaran lasak- Memandu kenderaan Penalaan Pendahuluan (ATV) iaitu 'Quad Bike'

• Sukan luncur udara, paragliding

• Aktiviti Zipline

• Taman Arnab

• Pakej bermalam menggunakan khemah bakal dibuka

Berita Harian X