Ahad, 11 November 2018 | 10:24am
ORANG utan menikmati hidangan makan di pelantar dalam hutan simpan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. - NSTP/Poliana Ronnie Sidom
ORANG utan menikmati hidangan makan di pelantar dalam hutan simpan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. - NSTP/Poliana Ronnie Sidom
PENGUNJUNG melihat gelagat orang utan menerusi ruang tontonan terbuka di Pusat Pemulihan Orang Utan, di Sepilok. NSTP/POLIANA RONNIE SIDOM.
PENGUNJUNG melihat gelagat orang utan menerusi ruang tontonan terbuka di Pusat Pemulihan Orang Utan, di Sepilok. NSTP/POLIANA RONNIE SIDOM.

Gelagat orang utan Borneo cuit pelancong

AKSI Clenan, orang utan Borneo berusia 22 tahun dari spesies Pongo Pygmaues Morio, iaitu spesies orang Utan paling kecil membawa anaknya, Awantang, 5, bergayut pada tali dan tayar untuk ke 'meja makan' di pelantar kayu, mencuit hati pengunjung yang menyaksikannya dari dalam bilik kaca di Bangunan Asuhan Luar Orang Utan.

Di sisi lain, seekor orang utan berbaring malas kekenyangan selepas memakan buah-buahan disediakan di atas pelantar, manakala seekor yang lain pula bergayut dari dahan ke dahan mengejar seekor anak orang utan selepas aksi nakal si kecil 'mencuri' sesisir pisang berhampiran dengan orang utan dewasa.

Aksi itu disambut riuh puluhan pengunjung dalam dan luar negara yang berada di ruang tontonan terbuka untuk melihat secara dekat haiwan pemalu yang pernah ditakrifkan sebagai 'orang yang bersembunyi dalam hutan' oleh kaum Dayak.

Pengalaman mendebarkan

Untuk melihat orang utan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di Sandakan, pengunjung perlu berjalan antara 10 hingga 15 minit meniti laluan papan menuju ke pelantar yang dikelilingi hutan.

ORANG utan menikmati hidangan makan di pelantar dalam hutan simpan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. - NSTP/Poliana Ronnie Sidom
ORANG utan menikmati hidangan makan di pelantar dalam hutan simpan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. - NSTP/Poliana Ronnie Sidom

Jangan terkejut di pertengahan jalan, anda mungkin terserempak dengan orang utan yang menjadikan hutan di sekeliling sebagai habitat dan sudah tentu, ia pengalaman mendebarkan tetapi menarik.

Terdapat sekurang-kurangnya 50 ekor orang utan yang berada dalam penjagaan pusat itu dan boleh dilihat khususnya pada waktu makan antara jam 9 pagi hingga 3 petang.

Melihat orang utan hidup bebas dalam hutan bukan saja memberi kepuasan kepada pengunjung, namun pada masa sama membantu usaha konservasi spesies itu yang semakin pupus menerusi yuran masuk bagi menjana pembangunan, penjagaan dan rawatan.

SELAIN spesies Oorang utan, pengunjung Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok juga boleh melihat pelbagai spesies flora yang ada dalam kawasan hutan simpan itu apabila meniti laluan kayu berpagar. - NSTP/Poliana Ronnie Sidom

Sepanjang tahun lalu, jumlah pelancong yang datang ke pusat itu, seramai 123,393 orang dengan lebih 50 peratus atau 68,317 adalah pelancong daripada lebih 20 negara.

Spesies terancam

Kini selepas lebih 50 tahun, pusat berkenaan yang terletak dalam hutan simpan Kabili-Sepilok seluas 4,294 hektar bukan saja menguruskan orang utan, malah sebagai 'ibu' kepada bayi orang utan yang kehilangan ibu.

Susulan pelbagai cabaran termasuk kemusnahan habitat, pemburuan haram dan perdagangan haiwan peliharaan haram, jumlah orang utan di Borneo ketika ini dianggarkan cuma 57,000 ekor, manakala di Sabah antara 11,000 hingga 15,000.

Pengurus Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sylvia Alsisto, berkata mengikut senarai merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN), orang utan kini berada pada tahap kritikal terancam berdasarkan jumlah yang semakin berkurangan, manakala pemburuan dan kehilangan habitat terus berlaku pada 2016.

SELAIN spesies orang utan, pengunjung Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok juga boleh melihat pelbagai spesies flora yang ada dalam kawasan hutan simpan itu apabila meniti laluan kayu berpagar. - NSTP/Poliana Ronnie Sidom

Katanya, jika inisiatif melindungi orang utan tidak terus diperkasa, mungkin kita boleh kehilangan haiwan ini apabila status orang utan dalam kawasan liar naik satu tahap lagi ke tahap pupus dalam senarai merah IUCN.

"Orang utan antara mamalia mempunyai paling rendah jangka hayat iaitu 62 tahun dan dari segi tabiat, ia bukan jenis keluarga. Bagi orang utan betina, ia hanya boleh melahirkan satu anak dalam jangka enam hingga sembilan tahun dan mengambil masa lebih lama untuk menjaga bayinya.

"Sebab itu, usaha perlu diambil bagi melindungi Orang Utan kerana potensi kematian lebih tinggi berbanding populasinya," katanya.

Saksikan kehidupan haiwan

Untuk ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, mudah saja. Anda boleh mengambil teksi atau menaiki bas dari bandar Sandakan dengan tambang bas RM4 dan masa perjalanan 45 minit.

ORANG utan menikmati hidangan makan di pelantar dalam hutan simpan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. - NSTP/Poliana Ronnie Sidom
ORANG utan menikmati hidangan makan di pelantar dalam hutan simpan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. - NSTP/Poliana Ronnie Sidom

Selain pusat itu, pengunjung boleh mengambil peluang ke Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) yang terletak bersebelahan atau menikmati kawasan hutan serta pelbagai spesies burung di Pusat Penemuan Hutan Hujan Sepilok.

Pelancong yang berkunjung ke Sabah, mereka tidak seharus melepaskan peluang memasukkan pakej percutian ke pusat berkenaan kerana terlalu banyak yang boleh disaksikan dan merasai pengalaman melihat secara dekat bagaimana kehidupan haiwan ini, selain menghirup udara segar dengan menjelajahi kawasan hutan di situ.

INFO

- Tiga spesies orang utan

- Satu spesies ditemui di Borneo adalah Pongo pygmaeus, manakala dua di Sumatera iaitu Pongo abelii dan Pongo Tapanuliensis

- Orang utan yang ditemui di Sabah adalah morio iaitu satu daripada tiga subspesies Pongo pygmaeus

- Ditakrifkan sebagai kritikal terancam dalam senarai merah IUCN

Berita Harian X