Ahad, 2 September 2018 | 11:30am
PAKAR seni ukir, 3D, Arc Gallery KL City Gallery, Termizi Adnan menyiapkan replika Bangunan Sultan Abdul Samad. - Foto Khairul Azhar Ahmad
PAKAR seni ukir, 3D, Arc Gallery KL City Gallery, Termizi Adnan menyiapkan replika Bangunan Sultan Abdul Samad. - Foto Khairul Azhar Ahmad
PAKAR seni ukir, 3D, Arc Gallery KL City Gallery, Termizi Adnan menyiapkan replika Bangunan Sultan Abdul Samad. - Foto Khairul Azhar Ahmad
PAKAR seni ukir, 3D, Arc Gallery KL City Gallery, Termizi Adnan menyiapkan replika Bangunan Sultan Abdul Samad. - Foto Khairul Azhar Ahmad
PETUGAS KL City Gallery, Felicia Beh menunjukan replika Bangunan Sultan Abdul Samad berlatar belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad
PETUGAS KL City Gallery, Felicia Beh menunjukan replika Bangunan Sultan Abdul Samad berlatar belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad

Ole-ole pelancong

LAUNGAN merdeka, merdeka, merdeka... tepat pada pada tanggal 31 Ogos 1957, berkumandang di serata Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) menjadi nostalgia paling manis terus terpahat dalam lipatan sejarah negara.

Lantas di lokasi ini menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat dan pelancong asing untuk melihat pelbagai kesan sejarah yang perlu diketahui.

Di sini juga menempatkan binaan bersejarah iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja. Sehingga hari ini kebanyakan pelancong asing menjadikan Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai destinasi wajib kunjung apabila mereka bertandang ke Kuala Lumpur.

Berdasarkan fakta sejarah, Bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah menjadi bangunan sekretariat atau pejabat kerajaan pentadbiran British mula dibina pada 1894.

Bangunan itu siap sepenuhnya tiga tahun kemudian dengan dua arkitek British iaitu A.C. Norman dan R.A.J Bidwell, sebagai teraju utama.

Difahamkan, batu-bata untuk membina Bangunan Sultan Abdul Samad diambil dari Padang Brick (kini Jalan Brickfields).

Berdasarkan cerita penduduk asal Kuala Lumpur, binaan Bangunan Sultan Abdul Samad kukuh hingga hari ini kerana menggunakan putih telur untuk melekatkan batu-bata berkenaan.

Justeru, Bangunan Sultan Abdul Samad diiktiraf sebagai mercu tanda atau salah satu ikon Kuala Lumpur yang tersohor dan pasti dikenang setiap kali menjelangnya detik Hari Kebangsaan, setiap 31 Ogos.

Keunikan seni bina itu tidak hanya diamati dan dilihat di depan mata atau maklumat menerusi laman internet, malah replika bangunan itu boleh dibeli sebagai cendera mata oleh sesiapa sahaja yang berkunjung di situ.

Sebagai tarikan kepada pelancong, pembuat seni ukir format tiga dimensi (3D), Termizi Adnan, 54, diberi tanggung jawab menghasilkan arca atau ukiran kayu replika Bangunan Sultan Abdul Samad.

Menghasilkan seni ukir 3D di bawah jenama ARCH, kebanyakan hasil kerja tangan Termizi menjadi pilihan pelancong sebagai ole-ole atau buah tangan di bawa pulang ke negara mereka.

Kehalusan dan keunikan ditonjolkan replika itu atau lukisan format 3D menarik perhatian pengunjung.

Termizi berkata, apabila menghasilkan arca atau ukiran Bangunan Sultan Abdul Samad perlu wujud rasa kasih sayang pada tanah air dan sebagai ikon kemerdekaan negara yang perlu diingat sampai bila-bila.

Oleh itu, beliau diterjemahkan replika bangunan ini. Kesabaran, ketelitian dan keikhlasan penting untuk hasil lebih sempurna.

“Apabila pelancong membeli hasil kerja tangan kita, saya rasa bangga. Sekurang-kurangnya replika ikon kemerdekaan kita berada di negara mereka.

“Oleh itu, ‘Sayangi Malaysiaku’ yang menjadi tema Hari Kebangsaan yang ke-61 amat bermakna untuk dipertahankan nama baik negara di mata dunia,” katanya.

Bangunan itu menjadi pusat pelancongan sehenti bersebelahan Dataran Merdeka iaitu Galeri Kuala Lumpur.

Termizi turut menghasilkan arca lain seperti Menara Berkembar PETRONAS (KLCC), Masjid Jamek Kuala Lumpur, bangunan stesen kereta api lama Kuala Lumpur dan Kompleks Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.

Berita Harian X