Ahad, 8 Julai 2018 | 2:27pm
SEBAHAGIAN 'Barbie Doll' mini berpakaian pakaian tradisional mengikut etnik masing-masing yang dipamerkan di Galeri Chanteek Borneo. - Foto Recqueal Raimi

Anak patung pamer pakaian tradisi etnik Sabah

PELBAGAI cara digunakan bertujuan mempromosikan keunikan sesuatu budaya untuk dipersembahkan kepada umum sebagai sebahagian daripada simbol identiti sesuatu bangsa, keturunan mahupun adat budaya.

Kreativiti memainkan peranan dalam menyampaikan mesej termasuk penggunaan "Barbie Doll' antara patung mini yang kerap menjadi pilihan permainan kanak-kanak perempuan, dijadikan medium menyampaikan mesej berkenaan.

Sehubungan itu, Galeri Chanteek Borneo di Tamparuli, Tuaran di Sabah, mempamerkan patung barbie memakai pakaian tradisional bagi memartabatkan identiti budaya masyarakat dan suku kaum di Sabah untuk tatapan masyarakat luar.

Galeri menempatkan lebih 250 patung mini memakai pakaian tradisional pelbagai etnik dan sub-etnik di Sabah. Terletak di Jalan Tamparuli-Tuaran berhampiran Rumah Terbalik Tamparuli atau kira-kira 40 kilometer dari Kota Kinabalu.

Bagi pelancong dalam dan luar negara, lokasi ini menjadi tarikan pengunjung melihat dan menghayati keunikan seni budaya apabila berkunjung ke negeri ini.

Pengarah Galeri Chanteek Borneo, Anne Antah, berkata galeri ini mempamerkan pakaian tradisional merangkumi lebih 40 etnik yang ada di negeri di Bawah Bayu.

Anne berkata, secara keseluruhan, patung mini di galeri itu menggambarkan aktiviti dan corak pakaian yang menunjukkan adat serta asal-usul sub-etnik masyarakat di Sabah.

Menurutnya, pakaian tradisional menjadi keutamaan dalam kalangan masyarakat di Sabah, apatah lagi ketika musim perayaan seperti Pesta Kaamatan.

Selain pakaian setiap sub-etnik beliau berkata, galeri ini mempamerkan rumah tradisional, alat muzik dan pelbagai replika mini seperti peralatan tradisional.

"Ada faedahnya jika mereka yang ingin mengenali keunikan etnik di Sabah berkunjung ke galeri ini.

Menerusi pameran ini, umum lebih memahami identiti kepelbagaian etnik melalui corak pemakaian tradisional kerana wujud perbezaan walaupun berasal daripada etnik sama, " katanya.

Harga sepasang patung mini dijual iaitu RM138 hingga RM500 bergantung kepada jumlah aksesori yang ada.

Sementara itu, kakitangan galeri, Florence Benignus, 52, berkata beliau menjahit pakaian tradisional patung mini sejak galeri mula dibuka hampir empat tahun lalu.

"Proses menjahit pakaian setiap patung mini mengambil masa setengah hingga empat hari bergantung kepada pemasangan manik, benang pelbagai warna dan aksesori lain," katanya.

Info:

Galeri Chanteek Borneo di Tamparuli

* 40 kilometer dari Kota Kinabalu

* Dibuka sejak 26 Ogos 2014

* Menempatkan lebih 250 patung mini

* Bayaran masuk RM15 (dewasa) kanak-kanak (RM10) percuma (kanak-kanak tiga tahun ke bawah).

* Lebih 40 etnik di Sabah

* 12 kakitangan bertugas menjadit pakaian tradisional untuk patung berukuran 20 sentimeter tinggi

Berita Harian X