Jumaat, 9 September 2022 | 11:33am
Siri buku OHSEM! AR Jom Solat! dilancarkan pada Fiesta 1957: Tetap Bersama di Pasar Seni, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Siri buku OHSEM! AR Jom Solat! dilancarkan pada Fiesta 1957: Tetap Bersama di Pasar Seni, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Buku interaktif panduan solat Alif & Sofia dilancar

KUALA LUMPUR: Primeworks Studios (PWS) dan Blindspot Studios melancarkan buku interaktif dilengkapi teknologi realiti berperantara panduan menunaikan solat untuk kanak-kanak.

Siri buku diberi judul OHSEM! AR Jom Solat! ini menggunakan aplikasi OHSEM! AR sebagai salah satu inovasi terbaru yang boleh menjadi alat bantuan mengajar menarik buat kanak-kanak dan ibu bapa.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Nini Yusof, berkata pelancaran OHSEM AR! Jom Solat! adalah langkah proaktif memudahkan pengguna menimba ilmu agama.

"Usaha ini boleh dilakukan secara interaktif dan lebih berkesan.

"Proses pembelajaran untuk anak dapat disampaikan melalui kandungan animasi yang menarik," katanya.

Siri buku OHSEM! AR Jom Solat! dilancarkan pada Fiesta 1957: Tetap Bersama di Pasar Seni, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Siri buku ini menyediakan panduan solat yang lengkap disampaikan melalui teknologi AR.

Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan untuk membimbing kanak-kanak seawal usia tiga tahun belajar melalui kaedah visual animasi dan sokongan audio.

Penulisan, rekaan animasi, ilustrasi dan struktur pengajaran dalam siri buku ini dihasilkan Blindspot Studios yang diterajui CEO, Lukman Othman.
Penulisan, rekaan animasi, ilustrasi dan struktur pengajaran dalam siri buku ini dihasilkan Blindspot Studios yang diterajui CEO, Lukman Othman.

Tersedia dalam dua versi untuk lelaki dan perempuan, buku panduan ini dapat memudahkan anak menguasai bacaan dan hafalan sambil ditemani watak cilik daripada siri animasi Alif & Sofia.

Bukan itu sahaja, siri buku ini turut dilengkapi aktiviti mewarna.

Penulisan, rekaan animasi, ilustrasi dan struktur pengajaran dalam siri buku ini dihasilkan Blindspot Studios yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Lukman Othman.

Siri buku ini juga mendapat sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menyemak semua kandungan agar menepati piawaian dan garis panduan berkaitan syarak.

Sementara itu, Lukman yang juga pengarah siri animasi Alif & Sofia berkata, kaedah pembelajaran interaktif bertujuan mengetengahkan watak cilik Alif & Sofia sebagai teladan baik bagi kandungan animasi bertemakan Islam di Malaysia.

Siri buku OHSEM! AR Jom Solat! boleh didapati pada harga runcit RM39.90 setiap satu melalui akaun rasmi Shopee Blindspot Studios iaitu 'ohsemoutlet' dan laman sesawang www.blindspot.my.

Aplikasi OHSEM! AR pula boleh dimuat turun dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery secara percuma.

Berita Harian X