Rabu, 18 Mei 2022 | 1:00pm
Penyampai Buletin FM dan tenaga penggerak stesen radio itu sentiasa komited dalam menganjurkan
Penyampai Buletin FM dan tenaga penggerak stesen radio itu sentiasa komited dalam menganjurkan

Buletin FM rai gelandangan sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama sanak saudara dan insan tersayang akibat pandemik COVID-19, kali ini Aidilfitri diraikan tanpa sekatan asalkan akur prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan diri.

Mengambil kesempatan itu, Buletin FM meraikan Aidilfitri kali ini dengan berkongsi kegembiraan dengan golongan kurang bernasib baik seperti gelandangan bagi merasai nikmat berhari raya.

Jumaat lalu, Buletin FM menganjurkan Raya Rumah Kita Bersama Buletin FM di Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan di ibu negara.

Majlis itu dianjurkan bagi memberi peluang kepada gelandangan merasai keseronokan rumah terbuka dan kemeriahan Aidilfitri.

Inisiatif itu diambil bagi menyantuni mereka yang serba kekurangan dengan menyediakan pelbagai juadah hari raya, memberi hiburan dan merapatkan hubungan.

Raya Rumah Kita Bersama Buletin FM mendapat sokongan pelbagai pihak antaranya Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Anjung Kembara, Yayasan Kebajikan Negara dan Kelab Kebajikan Kilat serta penaja makanan dan minuman antaranya, Restoran Tanjung Puteri dan Nando's.

Turut memberi sumbangan adalah Hiyama iaitu jenama pelitup muka yang diagihkan kepada gelandangan.

Tidak ketinggalan, artis tempatan iaitu Ashraf Nasir dan SIQMA serta barisan sukarelawan yang direkrut Buletin FM turut bersama dalam Rumah Terbuka ini.

Turut memeriahkan acara adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Nordina Haron; Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Syed Anas Syed Ali dan pengurusan Buletin FM.

Haiza menyantuni dan berkongsi kegembiraan dengan golongan kurang bernasib baik seperti gelandangan bagi merasai nikmat berhari raya. - Foto Ihsan Buletin FM
Haiza menyantuni dan berkongsi kegembiraan dengan golongan kurang bernasib baik seperti gelandangan bagi merasai nikmat berhari raya. - Foto Ihsan Buletin FM

Raya Rumah Kita Bersama Buletin FM turut dimeriahkan dengan kehadiran penyampai radio Buletin FM antaranya Ally Iskandar, Hawa Rizwana Redzuan, Fedtri Yahya, Muaz serta Haiza yang turut membuat persembahan.

Ketua Rangkaian Kandungan Buletin FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin berkata, Rumah Terbuka Buletin FM, Raya Rumah Kita adalah kesinambungan aktiviti kemasyarakatan sepanjang Ramadan lalu dengan memberi hidangan moreh kepada gelandangan di Chow Kit Kuala Lumpur.

"Di situ tercetus idea untuk meraikan gelandangan bagi Aidilfitri tahun ini selepas dua tahun kita tidak berkesempatan untuk menyambut Syawal dengan meriah.

"Kami bersyukur kerana dapat kerjasama penuh Yayasan Kebajikan Negara, KWP, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penaja.

"Harapan Buletin FM agar kami dapat terus mendekati dan membantu gelandangan serta mereka yang memerlukan dengan pelbagai lagi projek pada masa depan," katanya.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang, 90.2FM Penang, 107.3FM Alor Setar dan 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, ikuti Buletin FM secara streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV.

Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm.

Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Berita Harian X