Ahad, 27 Februari 2022 | 11:23pm
Fitri Haris mengesahkannya positif COVID-19 menerusi perkongsian dalam IG, hari ini. - Foto IG Fitri Haris
Fitri Haris mengesahkannya positif COVID-19 menerusi perkongsian dalam IG, hari ini. - Foto IG Fitri Haris

Alami gejala teruk, Fitri positif COVID-19

KUALA LUMPUR: Penyanyi nasyid, Fitri Haris mengesahkannya positif COVID-19 menerusi perkongsian dalam Instagram (IG), hari ini.

Sehubungan itu, penyanyi lagu Suara Azan itu memohon kepada semua pihak yang berurusan dengannya agar menjalani ujian saringan COVID-19.

Dukacita diumumkan, saya kini positif COVID-19. Saya pohon kepada sesiapa yang bertemu dengan saya sekiranya mempunyai gejala mohon buat ujian saringan.

"Saya minta maaf atas ujian ini," tulisnya.

Fitri mohon kepada sesiapa yang bertemunya dan memiliki gejala buat ujian saringan COVID-19. - Foto IG Fitri Haris
Fitri mohon kepada sesiapa yang bertemunya dan memiliki gejala buat ujian saringan COVID-19. - Foto IG Fitri Haris

Sementara itu, menerusi hantaran lain, Fitri turut memaklumkan keadaan terkini yang mula menunjukkan gejala.

"Simpulan hari pertama, demam, sakit tekak, pening kepala, sakit dada, hilang deria rasa dan batuk.

"Paras oksigen 97 dan degup jantung pula 130," kata bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini.

Terdahulu, perkongsian juara program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua itu turut mendapat perhatian pengikut dan rakan selebriti apabila ramai mendoakannya cepat sembuh.

Berita Harian X