Sabtu, 26 Februari 2022 | 8:30am
Nancy menyampaikan anugerah kepada pemenang mewakili MPB yang meraih lima plak pada Anugerah Media JKKN 2021, baru-baru ini. Foto Ihsan TV3
Nancy menyampaikan anugerah kepada pemenang mewakili MPB yang meraih lima plak pada Anugerah Media JKKN 2021, baru-baru ini. Foto Ihsan TV3

Media elektronik, cetak MPB terus diiktiraf

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (MPB) memenangi lima anugerah pada Malam Apresiasi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di ibu negara, baru-baru ini.

Anugerah Media JKKN 2021 ini adalah tanda penghargaan kepada pengamal media yang sentiasa memberi sokongan kepada kementerian dan jabatan itu.

Pemenang kategori Media Elektronik Terbaik 2021 dan Media Cetak Terbaik 2021 dari MPB bersama plak masing-masing. Foto Ihsan TV3
Pemenang kategori Media Elektronik Terbaik 2021 dan Media Cetak Terbaik 2021 dari MPB bersama plak masing-masing. Foto Ihsan TV3

MPB menerima dua anugerah iaitu kategori Media Elektronik Terbaik 2021 dan Media Cetak Terbaik 2021.

Kategori Media Elektronik Terbaik 2021 diberi kepada program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Borak Kopitiam (BK) dan program hiburan sensasi, Melodi yang diwakili Mohd Rose Abdullah.

Sementara itu, kategori Media Cetak Terbaik 2021 diberi kepada Pengarang Rencana Harian Metro iaitu Hartini Mat Nawi dan wartawan BH, Zubir Mohd Yunus.

Masing-masing membawa pulang plak dan sijil penghargaan dari JKKN.

Anugerah disampaikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Nancy Shukri.

Berita Harian X