Jumaat, 28 Januari 2022 | 8:30am
Filem Scent of Ghost antara naskhah yang ditayangkan sempena Tahun Baharu Cina.
Filem Scent of Ghost antara naskhah yang ditayangkan sempena Tahun Baharu Cina.

Tonton CINEMA tawar pakej menarik Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR: Sempena Tahun Baharu Cina, tonton CINEMA menawarkan pakej menarik di mana dengan melanggan sebuah filem Korea, anda bakal mendapat sebuah filem Cina percuma.

Untuk melayakkan orang ramai melanggan pakej ini, mereka perlu melayari laman sesawang rasmi tonton CINEMA iaitu cinema.tonton.com.my atau menerusi aplikasi tonton di telefon Android.

Langkah seterusnya, sewa mana-mana filem Korea tertera termasuk Miracle : Letters to the President, On The Line, Shark : The Beginning, Mr Boss, Scent of Ghost dan The Closed Ward untuk menebus kod kupon.

Kupon berkenaan akan dihantar menerusi e-mel dan boleh ditebus di laman sesawang rasmi tonton CINEMA.

Seleksi filem Cina ditawarkan termasuklah The Superb Match-Makers; Happy Family; Lucky Bowl (Bahagian 1); Lucky Bowl (Bahagian 2); Spring Chorus; The Missing Menu dan Rhythm of Home.

Turut disenaraikan Singing In The Spring : The Movie; Singing in The Spring 2019; You Are The One dan Bonus Vacation.

Kempen istimewa sempena Tahun Baharu Cina ini bermula sejak 17 Januari sehingga 5 Februari depan. Bagaimanapun, kod kupon boleh ditebus sehingga 31 Mac depan.

Keterangan lanjut mengenai filem tonton CINEMA, layari aplikasi menerusi telefon pintar, laman sesawang rasmi tonton CINEMA cinema.tonton.com.my, Facebook @tontonmy, Instagram (IG) @tontoncinemamy, TikTok dan Twitter @tontonCINEMA.

Berita Harian X