Jumaat, 27 November 2020 | 6:13pm
Datuk M Daud Kilau ditemani isterinya, Datin Rohani Awang Ngah menjalani rawatan injap jantung sempit di Institut Jantung Negara (IJN).
Datuk M Daud Kilau ditemani isterinya, Datin Rohani Awang Ngah menjalani rawatan injap jantung sempit di Institut Jantung Negara (IJN).

M Daud Kilau jalani rawatan injap jantung sempit

BAGAN DATUK: Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82, kini, sedang menjalani rawatan injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Anaknya, Ahmad Zaini, 49, berkata, bapanya mempunyai masalah injap jantung sempit dan dimasukkan ke IJN sejak Isnin lalu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Sirih Pinang itu belum menjalani pembedahan jantung dan masih berada dalam pemantauan doktor.

"Ada injap jantung sempit dan bapa dijangka menjalani rawatan untuk masalah yang dihadapi hari ini atau Isnin depan.

"Bapa ditemani ibu, Datin Rohani Awang Ngah. Setakat ini, keadaan bapa baik, cuma agak lemah dan kurang selera makan," katanya kepada BH Online.

Datuk M Daud Kilau berada dalam keadaan lemah dan kurang selera makan sejak dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Datuk M Daud Kilau berada dalam keadaan lemah dan kurang selera makan sejak dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum ini, media melaporkan, penyanyi veteran itu dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di Teluk Intan selepas mengadu sesak nafas.

M Daud Kilau atau nama sebenarnya, Muhammad Daud Kilau berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lalu.

Beliau mempunyai penyakit kencing manis kini tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang sakit, selain jantung tidak stabil dan kurang daya pendengaran.

Berita Harian X