Selasa, 24 November 2020 | 8:34pm
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah (tengah), Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. - Foto Ihsan FINAS
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah (tengah), Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. - Foto Ihsan FINAS

40 syarikat terima dana RM13.9 juta

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyerahkan surat tawaran kepada 40 syarikat yang dipilih sebagai penerima bantuan di bawah Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Dana Kandungan Digital (DKD) sesi pertama, tahun ini.

Surat Tawaran PELAKSANA DKD sesi pertama 2020 diserahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah membabitkan jumlah keseluruhan yang diagihkan sebanyak RM13,927,000.00 dalam majlis secara virtual di FINAS, Petaling Jaya, petang tadi.

"DKD adalah satu inisiatif di bawah PELAKSANA dilancarkan oleh FINAS pada 28 Julai lalu.

"Ia bertujuan membantu memperkasakan industri kreatif yang terjejas akibat impak pandemik COVID-19 serta memperbanyakkan pemilikan Hak Cipta Kandungan dalam kalangan penerbit tempatan bagi penjanaan keuntungan pada masa hadapan.

"Inisiatif ini juga mensasarkan untuk menjana semula ekonomi industri kreatif melalui kerjasama dengan pihak swasta membabitkan stesen televisyen dan penyiaran tempatan.

"Bagi menjayakan inisiatif itu, FINAS memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan stesen televisyen dan penyiaran tempatan yang terbabit seperti Media Prima Berhad, Astro dan TV Alhijrah," kata FINAS menerusi satu kenyataan, petang ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menyerahkan surat kepada penerima bantuan di bawah PELAKSANA Dana Kandungan Digital sesi pertama tahun ini menerusi majlis secara virtual di FINAS Petaling Jaya. - Foto Ihsan FINAS
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menyerahkan surat kepada penerima bantuan di bawah PELAKSANA Dana Kandungan Digital sesi pertama tahun ini menerusi majlis secara virtual di FINAS Petaling Jaya. - Foto Ihsan FINAS

Turut hadir, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Syarikat yang berjaya menerima surat tawaran sesi pertama 2020 ialah Intermediaco Sdn Bhd, Adtisha Productions, Nedia Screen, Veedu Production, Global Film Station, Luqsar Kreatif, Elite Forsure, Infinitus Productions, Dream At Work, Jhangri Productions House, Kreatis Medialoka, Shoot Pictures, Hug Pictures, AB Roll, Million Works Media, NS Star, Multimedia Entertainment, Khalida Production, DMY Creation, Moteevasi Media, Cuepro Production, Maze Studios, Superlative Media, Suara Megah, Earth Pictures, Carter Production, Adi Karya, Minjan Production, Creative Creed Associates, Layar Consult, Frame Persecond, Indigital Sdn Bhd, Kuala Simfoni, Layar Pictures, Anithink Consultant, Dzar Global Holdings, Sha's Media, Side FX dan Skop Productions.

Berita Harian X