Khamis, 13 Ogos 2020 | 2:29pm
Nabila Huda mencetuskan kebimbangan ramai apabila muat naik video cemas dan menangis. - Foto IG Nabila Huda
Nabila Huda mencetuskan kebimbangan ramai apabila muat naik video cemas dan menangis. - Foto IG Nabila Huda

Nabila diselubungi misteri?

KUALA LUMPUR: "Saya okey, jangan risau. Terima kasih pada semua yang begitu sayang dan bimbang pada diri saya. Selebihnya saya akan kongsi kelak," demikian ulas Nabila Huda ketika dihubungi BH Online menjawab persoalan 'misteri' yang menyelubungi diri.

Beberapa video yang dimuat naik di Instagram (IG) Story menunjukkan momen cemas Nabila ketika berada seorang diri di rumahnya, sejak semalam.

Menerusi video yang dimuat naik, Pelakon Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin Ke-23 pada 2019 itu mendakwa melihat kelibat sesuatu di balkoni rumahnya. Malah, Nabila menangis ketakutan kerana bimbang keadaan jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Nabila Huda muat naik status memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik kira-kira jam 1.30 petang. - Foto IG Nabila Huda
Nabila Huda muat naik status memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik kira-kira jam 1.30 petang. - Foto IG Nabila Huda

Secara kebetulan ketika berkongsi video pendek itu, suami dan anaknya tiada di rumah. Situasi itu mencetuskan kebimbangan ramai, malah teman artis seperti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia turut meluahkan kerisauan apa sahaja kemungkinan berlaku kepada Nabila dalam IG.

Terdahulu, bapanya yang juga penyanyi legenda, Amy Search dan ibu tirinya, Nourish turut cuak dengan keadaan sebenar pelakon itu.

"Saya cuba menghubungi Nabila dan suami sejak subuh lagi. Namun, hanya beberapa jam baru panggilan telefon dan mesej di aplikasi WhatsApp berjawab.

"Saya dan suami risau dengan keadaan Nabila. Tetapi, jawapan 'okey' daripada Nabila melegakan hati kami," kata Nourish.

Nabila Huda muat naik video cemas ketika suami tiada di rumah, manakala bapanya, Amy Search risau keadaannya. - Foto IG Nabila Huda
Nabila Huda muat naik video cemas ketika suami tiada di rumah, manakala bapanya, Amy Search risau keadaannya. - Foto IG Nabila Huda

Pelbagai andaian mula bertebaran, tak kurang juga ada netizen menyifatkan apa yang dipersembahkan Nabila sebagai gimik untuk projek terbaharu.

Berita Harian X