Isnin, 10 Ogos 2020 | 7:16pm
Dr Amalina berkongsi foto menampakkan cincin disarung di jari manisnya sebagai tanda pertunangan di IG. Foto IG Dr Amalina Che Bakri
Dr Amalina berkongsi foto menampakkan cincin disarung di jari manisnya sebagai tanda pertunangan di IG. Foto IG Dr Amalina Che Bakri

Dr Amalina bertunang dengan jejaka Inggeris

KUALA LUMPUR: Pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri mengumumkan dirinya bertunang dengan jejaka pilihan hati, hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Amalina menerusi laman sosial Instagram dan Twitter.

Dr Amalina mengumumkan pertunangannya dengan jejaka pilihan hati di Twitter dan IG. Foto IG Dr Amalina Che Bakri
Dr Amalina mengumumkan pertunangannya dengan jejaka pilihan hati di Twitter dan IG. Foto IG Dr Amalina Che Bakri

Menerusi entri itu, Amalina berkongsi dua foto bersama tunang yang juga jejaka Inggeris.

Amalina memaklumkan dia teruja membuat persiapan perkahwinan yang akan diadakan di United Kingdom (UK) dan Malaysia.

"Saya teruja merancang dua majlis perkahwinan di UK dan Kuala Lumpur," katanya.

Amalina turut menyertakan tanda pagar #engaged memberi maksud dirinya sudah bertunang dengan si dia pada entri berkenaan.

Berita Harian X