Sabtu, 6 Jun 2020 | 7:00pm
Penghijrahan Kilafairy sering dengan impian mahu berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri, tahun ini. - Foto Kilafairy
Penghijrahan Kilafairy sering dengan impian mahu berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri, tahun ini. - Foto Kilafairy

Kilafairy bertudung tanpa paksaan

KUALA LUMPUR: Imej seksi begitu sinonim dengan pelakon dan penyanyi, Kilafairy, 28. Bagaimanapun, 2020 menyaksikannya berubah dan menjaga penampilan diri.

Doa ibu bapa yang tidak pernah putus, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan akhirnya memilih berhijrah dan memakai tudung sempena keberkatan Syawal, sejak kelmarin.

Penghijrahannya itu sering dengan impian mahu berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri, tahun ini.

"Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab.

"Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.

"Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah," katanya kepada BH Online.

Awal tahun ini, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil membuang imej seksi dan mula berpakaian sopan secara perlahan-lahan. Kini, pengusaha produk kesihatan itu sudah terbiasa dengan gaya terbaharu.

"Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan.

"Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa," katanya pelakon filem Karak dan Hoore! Hoore! itu.

Berita Harian X