Jumaat, 20 March 2020 | 4:44pm
Deja Moss dan suaminya, Maher Khani bernikah di Chicago, Amerika Syarikat pada Jun tahun lalu. - Foto Deja Moss
Deja Moss dan suaminya, Maher Khani bernikah di Chicago, Amerika Syarikat pada Jun tahun lalu. - Foto Deja Moss
Sembilan bulan menyimpan rahsia, akhirnya Deja Moss mengakui sudah berumah tangga dengan Maher Khani. - Foto Deja Moss
Sembilan bulan menyimpan rahsia, akhirnya Deja Moss mengakui sudah berumah tangga dengan Maher Khani. - Foto Deja Moss
Saling jatuh cinta membuatkan Deja Moss memilih lelaki keturunan Amerika-Syria sebagai suami. - Foto Deja Moss
Saling jatuh cinta membuatkan Deja Moss memilih lelaki keturunan Amerika-Syria sebagai suami. - Foto Deja Moss
Deja Moss bersama suami dan ahli keluarga di Chigaco, Amerika Syarikat. - Foto Deja Moss
Deja Moss bersama suami dan ahli keluarga di Chigaco, Amerika Syarikat. - Foto Deja Moss

Deja nikah lelaki keturunan Amerika-Syria

KUALA LUMPUR: Sembilan bulan menyimpan rahsia, akhirnya penyanyi Deja Moss mendedahkan bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Maher Khani.

Deja atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss berkata, majlis pernikahan dengan lelaki berketurunan Amerika-Syria itu berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat (AS), Jun tahun lalu.

"Kami berkenalan menerusi seorang teman. Sepanjang perkenalan, kami hanya berhubung menerusi panggilan video. Saya menerima sebagai suami selepas melihat kesungguhannya untuk memperisterikan saya.

“Suami sanggup datang bertemu saya untuk memberikan cincin lamaran, Mac tahun lalu. Dia datang dalam masa yang singkat, kemudiannya pulang ke AS, keesokan hari.

"Saya berkunjung ke Chicago untuk menemuinya, selepas Aidilfitri lalu. Kami saling menyintai dan lebih matang dalam menjalinkan hubungan, jadi kami memutuskan untuk terus bernikah," katanya kepada BH Online.

Deja berkata, Maher berusia 52 tahun adalah seorang duda anak tiga.

Mengulas mengapa merahsiakan perkahwinan kali keduanya, penyanyi yang popular menerusi lagu Asmara Ini itu berkata, dia segan untuk menghebahkannya kerana bimbang disalah anggap.

"Tiada niat mahu menyembunyikannya, cuma risau dilemparkan kata-kata yang kurang enak didengar. Namun, jika terus dirahsiakan, saya bimbang orang luar menaruh syak wasangka apabila saya berjalan berdua dengannya.

“Sebelum menimbulkan fitnah, lebih saya mendedahkannya. Perancangan asal saya mahu mengadakan resepsi, bulan depan, tetapi dengan wabak COVID-19, nampaknya terpaksa ditangguhkan," ujar penyanyi berusia 47 tahun ini.

Memandangkan majlis pernikahannya di luar negara, Deja berkata, soal pendaftaran pernikahan diuruskan peguamnya.

Sebelum ini, Deja pernah mendirikan rumah tangga dengan Azfendy Azzuddin, namun bercerai dengan talak satu pada Oktober 2018. Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniakan anak.

Berita Harian X