Khamis, 19 March 2020 | 11:00am
Beto saran kerajaan beri percuma topeng muka dan cecair pembasmi kuman kepada rakyat dalam mengekang penularan COVID-19. Foto/NSTP Halimaton Saadiah Sulaiman
Beto saran kerajaan beri percuma topeng muka dan cecair pembasmi kuman kepada rakyat dalam mengekang penularan COVID-19. Foto/NSTP Halimaton Saadiah Sulaiman

COVID-19 : Beto saran kerajaan beri percuma topeng muka, cecair basmi kuman

KUALA LUMPUR: Saranan pelakon Beto Kusyairy agar kerajaan memberi topeng muka dan cecair pembasmi kuman secara percuma kepada penduduk di kawasan penularan COVID-19 berisiko tinggi, menarik perhatian netizen.

Melayangkan idea itu melalui Twitter, ramai pengikut pelakon itu menyambut baik idea Beto yang dikatakan mampu mengekang tindakan peniaga yang cuba mengambil kesempatan.

“Semua ini untuk rakyat... Atau apakah kerajaan sudah melaksanakan perkara ini?” katanya dalam Tweet yang dikongsi.

Menghubungi bintang filem Bisik Pada Langit ini, Beto berkata, kerajaan boleh mengehadkan pemberian topeng muka dan cecair pembasmi kuman di kawasan berisiko tinggi.

“Edarkan barangan ini di terminal bas, kawasan rehat dan rawat (R&R), lebuh raya dan sebagainya.

“Pada masa sama, gerakan penguatkuasaan diperkasa bagi mengawal stok dan harga topeng muka serta cecair pembasmi kuman. Saya tahu ramai mengadu stok barangan ini sukar diperoleh selain harga yang tidak masuk akal,” katanya kepada BH Online.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X