X
Ahad, 19 Januari 2020 | 1:40pm
Sharnaaz menyifatkan tindakan Nabila mendedahkan kekhilafan dirinya sebagai suami kepada media, sebagai salah. - NSTP/Aswadi Alias
Sharnaaz menyifatkan tindakan Nabila mendedahkan kekhilafan dirinya sebagai suami kepada media, sebagai salah. - NSTP/Aswadi Alias

'Salah tu...'

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan tindakan isteri, Noor Nabila Mohd Noor mendedahkan kekhilafan dirinya sebagai suami kepada media, sebagai tidak betul.

Sharnaaz melalui status yang dimuat naik di Instagram (IG) Story memberitahu, perbuatan itu salah dan kurang manis kecuali lelaki itu (dirinya) berlaku kasar, curang atau dayus.

Bagaimanapun, dia tidak akan menghina Nabila dalam sebarang ruang media semata-mata kerana anak mereka, Jebat Jayden Ahmad yang berusia setahun enam bulan.

“Kalau isteriku (masih lagilah) ingin berbicara tentang suaminya, itu dah tak betul dan kurang manis. Kecuali lelakinya berlaku kasar, curang atau dayus.

“Namun, tidak akan aku menghinanya di mana mana ruang media, sebab apa? Satu sebab... Jebat Jayden Ahmad Sharnaaz Ahmad,” luahnya.

Biarpun kebenaran tidak seperti didambakan, apa yang penting, kata Sharnaaz, insan terdekat tahu apa yang berlaku.

“Tak perlu menjadi sorakan orang luar. Baik buruk sang suami atau isteri, dia tetap pernah menjadi yang teristimewa,” katanya.

Noor Nabila hadir pada keputusan kes hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Khamis lalu. - NSTP/Aswadi Alias
Noor Nabila hadir pada keputusan kes hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Khamis lalu. - NSTP/Aswadi Alias

Sejak kes perceraian pasangan ini dibawa ke Mahkamah Syariah pada 27 Ogos lalu, belum pernah Sharnaaz mendedahkan punca yang menjadikan rumah tangganya bersama Nabila dingin.

Pada prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Khamis lalu, Sharnaaz terus mengunci mulut mengenai kemelut rumah tangganya ketika ditanya media.

Bagaimanapun, Nabila meluahkan rasa terkilan atas keengganan Sharnaaz menceraikannya kerana mendakwa sudah setahun kes tuntutan tertangguh.

Malah, usahawan yang juga kakak kepada pengacara dan pelakon Neelofa itu juga memberitahu, hatinya sudah tawar kerana tidak nampak usaha Sharnaaz memulihkan rumah tangga yang goyah.

Berita Harian X