Selasa, 4 Jun 2019 | 9:00am
Ben dan Nadiyah akan mengadakan rumah terbuka di Perlis pada hari raya pertama. - Ihsan Ben Ali
Ben dan Nadiyah akan mengadakan rumah terbuka di Perlis pada hari raya pertama. - Ihsan Ben Ali

Ben, Nadiyah tunggu tetamu di Perlis

KUALA LUMPUR: Pulang beraya di Perlis, Ben Ali dan isteri, Nadiyah Shahab berbesar hati menerima tetamu pada majlis rumah terbuka yang dirancang di rumah keluarga Ben pada 1 Syawal.

Ben berkata, acara itu juga bertujuan meraikan sanak-saudara dan kenalan yang tidak berpeluang menghadiri majlis perkahwinannya dengan Nadiyah di Kuala Lumpur, November lalu.

“Kami teruja menanti tetamu termasuk sanak-saudara yang belum berpeluang bertemu isteri saya.

“Difikirkan majlis rumah terbuka lebih sesuai kerana semua orang boleh datang. Kalau kami yang hendak bertandang ke setiap rumah saudara-mara dan kenalan, pasti mengambil masa.

“Lebih-lebih lagi, saya akan pulang beraya di Singapura pula,” katanya kepada BH Online.

Sibuk mengusahakan perniagaan kek jenama Absolut Chocolat, Ben dan Nadiyah menyerahkan kepada Tuhan soal zuriat.

“Kalau ada rezeki dapat anak cepat, kami mahu sangat... Cuma belum ada rezeki,” katanya.

Ben atau nama sebenarnya, Nur Ali Nadzwan teruja bercerita mengenai perniagaan kek yang diusahakannya sejak Februari lalu.

Pada festival beli-belah di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC) di sini, baru-baru ini, lebih 13,000 kotak kek laris dijual.

“Produk ini menyatukan kami... Ia umpama simbolik cinta. Isteri saya cukup menggemari kek, saya ‘layankan’ sahaja,” katanya.

Berita Harian X