Ahad, 31 March 2019 | 8:09pm
PELAWAK veteran, Pak Tam menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun.
PELAWAK veteran, Pak Tam menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun.

Pak Tam Raja Lawak meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelawak veteran, Pak Tam atau nama sebenarnya, Muhammad Nooruulah Ismail, 61, meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam badan dan paru-paru berair, jam 9.30 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Permatang Badak, Kuantan, Pahang tanpa sempat dibawa ke hospital oleh keluarganya.

Difahamkan kesihatan Allahyarham Pak Tam tidak stabil sejak keluar dari Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan, dua bulan lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatimah Apong, 58, selain empat anak dan lapan cucu.

Pak Tam meraih tempat keempat Raja Lawak Musim Kedua pada 2008, selain pernah membintangi drama Chapalrela.

Berita Harian X