Ahad, 24 March 2019 | 4:49pm
Ezza enggan menoleh ke belakang, mahu terus fokus kepada masa hadapan selepas putus tunang dengan Remy. Foto IG Ezza Yusof
Ezza enggan menoleh ke belakang, mahu terus fokus kepada masa hadapan selepas putus tunang dengan Remy. Foto IG Ezza Yusof

Bekas tunang Remy enggan ungkit kisah lalu

KUALA LUMPUR: Bekas tunang Remy Ishak, Ezza Yusof enggan mengenang sejarah pahit dalam hidup, sebaliknya memulakan hari baharu dengan aura positif sempena hari jadinya.

Genap 36 tahun hari ini, Ezza membuka mulut selepas lima hari Remy mengumumkan ikatan pertunangan bersama ahli perniagaan itu putus.

“Alhamdulillah... Selamat hari jadi kepada saya. Mari mulakan hari dengan tenaga dan aura baharu, Insya-Allah.

“Saya akan berhenti bercerita mengenai kisah lalu dan memulakan kisah baharu, hari ini.

“Kunci untuk berubah adalah fokus kepada tenaga baharu... Bukannya berjuang untuk mempertahankan kehidupan lalu, sebaliknya, membina sesuatu yang baharu,” luahnya melalui perkongsian di Instagram.

Semakan dibuat BH Online mendapati, akaun media sosial milik Ezza atau nama penuhnya, Roszaliza Yusof yang dahulu terhad kepada kenalan, kini dibuka kepada umum.

Rabu, lalu, Remy mengesahkan ikatan pertunangan dengan Ezza yang terjalin dua tahun, putus, kira-kira sebulan lalu.

Mengaku timbul krisis, Remy, 36, bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya wujud orang ketiga dalam hubungan mereka.

Remy yang mencipta nama menerusi drama rantaian Pujaan Hati Kanda itu mengikat tali pertunangan bersama Ezza pada Mei 2017.

Berita Harian X