Ahad, 9 Disember 2018 | 2:48pm
WAJAH terbaru Tya yang sedang hamil 17 minggu. Foto: Instagram Tya Ariffin.

Arif Jiwa bakal dapat adik

KUALA LUMPUR: Juri Maharaja Lawak Mega 2018 yang juga menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Ariffin mengumumkan dirinya hamil anak kedua.

Menerusi perkongsian terbarunya di laman Instagram, Tya, 24, memaklumkan dirinya sedang mengandung 17 minggu.

“Alhamdulillah, inilah saatnya saya berkongsi khabar bahagia dengan semua. Insya-Allah, Arif akan menjadi abang.

“Mohon doa semua semoga ‘baby’ ini sihat walafiat. Terima kasih Allah atas rezeki ini.

“Saya juga mendoakan semua yang mempunyai hajat yang sama diberikan Allah rezeki,” tulisnya.

Tya yang juga pelakon popular kelahiran Indonesia mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Arif Jiwa pada 31 Mac 2017.

Sementara itu, menerusi satu entri lain, Tya yang pernah membintangi filem seperti Gending Sriwijaya, Tak Sempurna dan Earthbound turut berkongsi video Arif berteriak keriangan apabila dimaklumkan bakal mempunyai adik.

Spekulasi mengenai pelakon kelahiran Palembang itu hamil mula diperkatakan sejak bulan lalu apabila beberapa foto yang dimuat naik Tya di Instagram memperlihatkan perubahan pada susuk tubuhnya.

Berita Harian X