Sabtu, 22 September 2018 | 12:22pm
SITI Nurhaliza berzumba bersama Sitizoners pada program #FANtastik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Istana Budaya. - Foto Mahzir Mat Isa
SITI Nurhaliza berzumba bersama Sitizoners pada program #FANtastik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Istana Budaya. - Foto Mahzir Mat Isa
KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER 2018. Penyanyi, Siti Nurhaliza membuat persembahan ketika hadir pada sesi zumba program #FANtastik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) di Istana Budaya. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

SITI Nurhaliza melayan peminatnya ketika hadir pada sesi zumba program #FANtastik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) di Istana Budaya. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
SITI Nurhaliza melayan peminatnya ketika hadir pada sesi zumba program #FANtastik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) di Istana Budaya. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
SITI Nurhaliza bersama Kelab Peminat Sitizoners membuat persembahan pada sesi zumba pada program #FANtastik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) di Istana Budaya. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Siti pamer busana, trofi ABPBH

KUALA LUMPUR: Penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, menjadikan acara #FANtastik bersempena Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 sebagai medan berkongsi memoriabilia sepanjang menghadiri malam kemuncak majlis pengiktirafan berprestij itu.

Katanya, walaupun tidak bertanding selepas tujuh kali menggenggam trofi Bintang Paling Popular, beliau sentiasa menyokong BH selaku penganjur dengan kali ini mempamerkan beberapa persalinan digayakan pada malam kemuncak dan trofi dimenangi.

"Saya melihat ABPBH sebagai gelanggang yang bukan saja menyatukan seluruh penggiat seni, malah mendekatkan artis dengan peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam kerjaya kami.

"Seperti hari ini, saya enggan melepaskan peluang berada pada acara #FANtastik ini sebagai tanda terima kasih saya kepada peminat, terutama Sitizoner selain BH yang sedari dulu menghargai karyawan menerusi ABPBH.

"Lebih istimewa apabila kali ini, buat julung kali beberapa helaian yang pernah saya gayakan pada malam kemuncak ABPBH serta trofi bermakna dalam kerjaya seni saya dipamerkan untuk dikongsi bersama khalayak.

SITIZONER, Azwan Hashim menyusun trofi yang pernah dimenanginya di APBH pada program #FANtastik di Istana Budaya. - Foto Rosela Ismail
SITIZONER, Azwan Hashim menyusun trofi yang pernah dimenanginya di APBH pada program #FANtastik di Istana Budaya. - Foto Rosela Ismail

"Secara peribadi, bagi saya sendiri akhbar BH dan ABPBH membawa impak cukup besar terhadap perkembangan kerjaya saya selama ini," katanya kepada BH Online.

Memperuntukkan hampir tiga jam pada acara yang berlangsung di Laman Santai Istana Budaya di sini, Siti turut bersama kira-kira 20 anggota kelab peminatnya menyertai pertandingan zumba yang turut disertai lapan lagi kelab peminat lain.

Akui penyanyi yang tampil dengan single baharu berjudul Anta Permana itu lagi, keterujaan untuk melakukan aktiviti bersama penyokong tegar membuatkannya sanggup mencari masa sekali gus mengeratkan lagi silaturahim.

"Sebenarnya semua ahli Sitizoner sudah mula berlatih tarian zumba ini sejak seminggu lalu manakala saya hanya berpeluang bersama mereka semalam, itu pun hanya untuk beberapa jam. Namun semangat setiakawan membolehkan zumba kami 'menjadi'," katanya lagi.

Sementara itu, acara santai membabitkan peminat dan artis itu diadakan bagi menghangatkan lagi penganjuran ABPBH kali ini yang akan mencapai kemuncaknya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 7 Oktober depan.

BH menghimpunkan kira-kira 20 kelab peminat artis yang menyediakan pelbagai acara menarik termasuk pertandingan zumba, flashmob dan sorak antara kelab peminat artis.

Berita Harian X