Ahad, 17 Jun 2018 | 3:40pm
FASHA bersyukur sentiasa dimurahkan rezeki. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
FASHA bersyukur sentiasa dimurahkan rezeki. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Fasha, anak-anak disayangi peminat

KUALA LUMPUR: Fasha Sandha bersyukur sentiasa dimurahkan rezeki apabila menerima banyak hadiah baju raya untuk dirinya dan anak-anak daripada peminat dan jenama pakaian.

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia dan anak-anak menerima lebih 30 pasang baju hingga dirinya tidak perlu memikirkan soal pakaian raya.

"Alhamdulillah, rezeki saya dan anak-anak, kami mendapat baju raya daripada pelbagai peniaga. Malah, ada jenama yang memberi hingga lima rekaan berbeza.

"Jadi, bolehlah kami menggayakannya sepanjang Aidilfitri," katanya kepada BH Online.

Mengenai sambutan hari raya, Fasha berkata, seramai 13 anggota keluarganya dari Perlis akan beraya di rumahnya, di sini.

FASHA dan anak-anaknya. - Foto Instagram @fashasandha
FASHA dan anak-anaknya. - Foto Instagram @fashasandha

FASHA bersama ahli keluarganya. - Foto Instagram @fashasandha
FASHA bersama ahli keluarganya. - Foto Instagram @fashasandha

"Selepas beraya, kami bercuti di Kundasang, Sabah selama lima hari.

"Jarang kami dapat bercuti ketika menyambut Aidilfitri. Tahun ini pasti menjadi kenangan manis buat kami yang bercuti beramai-ramai.

"Apatah lagi, saya bercuti dua minggu. Jadi dapatlah meluangkan masa dengan keluarga," katanya yang menggemari biskut suji sebagai kudapan raya.

Berita Harian X