Rabu, 30 Mei 2018 | 10:54am
FATTAH Amin melancarkan single raya berjudul Syawal Kali Ini dan pewangi kereta Al De Parfum di SACC MALL. - Foto Rohanis Shukri
FATTAH Amin melancarkan single raya berjudul Syawal Kali Ini dan pewangi kereta Al De Parfum di SACC MALL. - Foto Rohanis Shukri

'Doakan kami dapat anak'

SHAH ALAM: Fattah Amin mengaku gimik lagu raya dendangannya, Syawal Kali Ini melalui Iaman sosial menyebabkan ramai peminat menyangka isterinya, Nur Fazura hamil.Fattah, 28, bagaimanapun menganggap sangkaan itu sebagai doa peminat yang mahu melihat mereka beroleh zuriat.

"Gimik itu bertujuan mempromosikan lagu raya pertama saya, Syawal Kali Ini."Itu (hamil) rezeki Allah.

Saya tidak salahkan peminat sebab mereka mahu lihat yang terbaik daripada kami. Bagaimanapun, saya berharap mereka terus mendoakan saya dan isteri.

"Alhamdulillah, saya dan isteri disatukan juga kerana doa mereka," katanya selepas pelancaran single lagu Raya Syawal Kali Ini di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Baru-baru, entri Fattah di Instagram mengenai sesuatu yang ingin diumumkan khusus buat peminat yang selama ini mendoakan mereka, menimbulkan spekulasi kononnya pasangan itu bakal menimang anak sulung.

Single Syawal Kali Ini adalah lagu raya pertama Fattah hasil ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Menariknya, klip video lagu itu diarah Fattah dan menampilkan bakat lakonan ibu bapanya.

Mengulas mengenai lagu itu, Fattah berkata, ia berkisar sambutan Syawal bersama keluarga.

"Saya fikir daripada menggunakan bakat orang luar, apa salahnya saya tampilkan ibu dan ayah dalam klip video ini."Lagipun ini karya pertama arahan saya, pastinya kehadiran mereka membuatkan ia lebih bermakna," tuturnya.

Single lagu hasil kerjasama syarikat produk wangian AJ De' Parfum itu dijual bersama barangan terbabit dengan sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada rumah kebajikan terpilih.

Fattah yang dilantik duta Aj De'Parfum, turut menduduki kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan.

Berita Harian X