Ahad, 1 April 2018 | 1:17pm
Shiva Shobitha Kalaiselvan (kanan) sebagai Lelia dalam Gotham.
Shiva Shobitha Kalaiselvan (kanan) sebagai Lelia dalam Gotham.

Pelakon Malaysia dalam siri Gotham

KUALA LUMPUR: Anak jati Kuala Lumpur, Shiva Shobitha Kalaiselvan, 34, membanggakan pemerhati industri seni tanah air apabila membuat kemunculan pertama di saluran Fox menerusi drama bersiri popular, Gotham, Jumaat lalu.

Aktres dan penerbit yang berpangkalan di Manhattan, New York, itu berkongsi keterujaannya membawakan watak Lelia, yang juga karakter dalam DC Comics di bawah francais Batman.

"Here we go #gotham #gothamonfox #tvdebut," kongsi bekas perunding pelaburan di akaun Instagram peribadinya @shivashobitha.

Dalam episod 16 musim keempat Gotham, Shiva menggalas watak pemimpin League of Shadows, karakter yang ditonjolkan sebagai wanita berani.

Begitupun, siri berjudul A Dark Knight: One of My Three Soups bukan kemunculan pertama aktres terbabit di televisyen Amerika Syarikat apabila sebelum ini beliau pernah terbabit sebagai bintang undangan dalam siri The Originals menerusi saluran CW, membawakan watak Ivy.

PELAKON Malaysia, Shiva Shobitha Kalaiselvan, teruja dapat menjayakan siri terkenal, Gotham. - Foto Instagram Shiva Shobitha Kalaiselvan
PELAKON Malaysia, Shiva Shobitha Kalaiselvan, teruja dapat menjayakan siri terkenal, Gotham. - Foto Instagram Shiva Shobitha Kalaiselvan

Bukan itu saja, pemegang Sarjana dari Universiti Columbia New York itu turut aktif dalam dunia pementasan di negara Uncle Sam apabila pernah dipertanggungjawabkan menerbitkan dua teater.

Sementara itu, kemunculan Shiva dalam Gotham meraih pujian di laman sosial apabila rata-rata pemerhati sama ada di Twitter mahu pun Instagram menyampaikan ucapan tahniah mereka.

Berita Harian X