Ahad, 11 March 2018 | 3:14pm
AINAN Tasneem dan Mohamad Ariffudin ketika majlis persandingan mereka di Shah Alam, Januari tahun lalu. - Foto Osman Adnan
AINAN Tasneem dan Mohamad Ariffudin ketika majlis persandingan mereka di Shah Alam, Januari tahun lalu. - Foto Osman Adnan
AINAN Tasneem mengambil keputusan bersara daripada dunia muzik selepas bergelar isteri. - Foto Adi Safri
AINAN Tasneem mengambil keputusan bersara daripada dunia muzik selepas bergelar isteri. - Foto Adi Safri
GAMBAR anak sulung Ainan Tasneem yang dikongsi di laman sosial Instagramnya, semalam. - Foto ihsan Instagram Ainan Tasneem
GAMBAR anak sulung Ainan Tasneem yang dikongsi di laman sosial Instagramnya, semalam. - Foto ihsan Instagram Ainan Tasneem

Ainan Tasneem pilih nama anak sulung Salsabiela

KUALA LUMPUR: Kira-kira seminggu selepas menimang cahaya mata sulung, Ainan Tasneem, mendedahkan permata hatinya diberikan nama Ainan Salsabiela Mohamad Ariffudin.

Kata bekas penyanyi itu, nama terbabit menjadi pilihan disebabkan keindahan makna di sebaliknya yang menjurus kepada mereka yang mendekatkan diri kepada Allah.

"Assalamualaikum semua. Nama saya Ainan Salsabiela Binti Mohamad Ariffudin. Maksud nama saya 'Mata Air di Syurga', sama maksud lebih kurang dengan nama ummi saya.

"Indahnya nama 'Salsabila' ini adalah kerana ia mata air di syurga, yang bernama Salsabila, yang akan diberikan kepada orang yang mendekatkan diri kepada Allah (muqarrabin).

"Sedang para abrar (orang yang berbuat baik), maka Allah memberi mereka air yang diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan zanzabil (air halia yang segar dan wangi)," katanya menerusi Instagram.

Wanita berusia 26 tahun itu memilih untuk meninggalkan dunia seni yang terokai sejak 2012 selepas menjadi isteri kepada seorang jurutera.

Ainan, yang pernah menjadi sensasi di YouTube dan popular dengan lagu Aku Suka Dia dan 150 Juta, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 6 Januari 2017.

Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru, dia dilihat belum sedia berkongsi wajah si kecil yang dilahirkan awal Mac lalu apabila gambar terbabit hanya menampakkan sebahagian muka anaknya dengan tubuh berbedung.

Berita Harian X