Selasa, 22 Ogos 2017 | 4:43pm

'Hari kami bernikah Joy masih isteri orang'

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Hamidun mendakwa usahawan kosmetik yang dinikahinya, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa masih dalam ikatan perkahwinan dengan suami terdahulu pada hari mereka dinikahkan pada 1 Mei lalu.

Tampil menjawab kontroversi perkahwinannya, Hafiz memberitahu, pernikahan mereka diteruskan selepas Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan kenyataan Siti Arifah bahawa beliau sudah bercerai dengan suami terdahulu.

"Pernikahan antara saya dan Siti Arifah dilangsungkan dengan akujanji Siti Arifah untuk memberikan surat perakuan cerai selepas majlis akad nikah.

"Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya sewenang-wenangnya mengambil mudah hal ini lantas ia turut menimbulkan keraguan terhadap status perkahwinan saya dan Siti Arifah.

Sidang Media berhubung penjelasan dari penyanyi, Hafiz Hamidun mengenai isu permohonan pembubaran perkahwinannya bersama usahawan kosmatik, Joy Revfa. - Foto NSTP/Rosela Ismail
Sidang Media berhubung penjelasan dari penyanyi, Hafiz Hamidun mengenai isu permohonan pembubaran perkahwinannya bersama usahawan kosmatik, Joy Revfa. - Foto NSTP/Rosela Ismail

"Setiap kali saya minta surat perakuan cerai, ada saja alasan yang Siti Arifah berikan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, Joy memfailkan permohonan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam dengan mendakwa didorong tindakan Hafiz yang meragui pernikahan mereka.

Hafiz berkata, sepanjang tempoh berlalu, Siti Arifah menyedari belum ada surat perakuan cerai sehingga tarikh pernikahan mereka.

"Saya pada setiap masa sudah mengambil langkah mengarahkan dia menyelesaikan hal surat perakuan cerai dengan bekas suaminya.

"Tetapi Siti Arifah tetap tidak menyelesaikan sehinggalah beberapa hari sebelum hari pernikahan," katanya.

Hafiz berkata, disebabkan mereka gagal mendapat surat cerai dan keraguan yang timbul, dia dan Siti Arifah pergi ke Songkhla pada 1 Jun lalu bagi menguruskan cerai taklik antaranya dan bekas suami di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

"Permohonan cerai taklik Siti Arifah dan bekas suaminya diterima Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan disahkan jatuh talak satu pada 13 Julai lalu.

"Pada 8 Ogos lalu, saya dan Siti Arifah pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling untuk menyerahkan surat cerai taklik dan menjalani siasatan bersama Pegawai Tadbir Agama Daerah.

"Hasil siasatan mendapati bahawa Siti Arifah masih dalam ikatan perkahwinan dari suami yang terdahulu ketika pernikahan kami yang berlangsung pada 1 Mei 2017." katanya.

JOY (kiri) memfailkan permohonan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
JOY (kiri) memfailkan permohonan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Sidang Media berhubung penjelasan dari penyanyi, Hafiz Hamidun mengenai isu permohonan pembubaran perkahwinannya bersama usahawan kosmatik, Joy Revfa. - Foto NSTP/Rosela Ismail
Sidang Media berhubung penjelasan dari penyanyi, Hafiz Hamidun mengenai isu permohonan pembubaran perkahwinannya bersama usahawan kosmatik, Joy Revfa. - Foto NSTP/Rosela Ismail
Berita Harian X