Selasa, 23 November 2021 | 2:39pm

Kari Ayam Mama di TV9 jam 9.30 malam ini

KISAH romantik komedi berjudul Kari Ayam Mama ini berkisarkan mengenai Nia, seorang gadis cantik yang sentiasa menjaga penampilan dan seringkali mendapat perhatian lelaki. Namun, Nia masih tidak boleh menerima kehadiran teman istimewa dalam hidupnya. 

Rash pula adalah jiran baharu Nia dan mereka seringkali bergaduh semenjak kehilangan pokok daun kari milik Nia. 

Bagaimanapun, lama-kelamaan hati Nia  tertarik pada Rash dan Nia mula mempelajari masakan kari dengan jirannya yang berbangsa india, Malar. 

Image

Hasil gabungan resepi kari Melayu dan India hasil air tangan Nia, ia telah berjaya memikat hati Rash. 

Apakah pengakhiran kisah Nia dan Rash? Adakah cinta mereka akhirnya bersatu?

Jangan lupa untuk saksikan telefilem menarik lakonan Amyra Rosli, Izzue Islam, Melissa Tan dan Ranjini di TV9  jam 9.30 malam ini.

Berita Harian X