Rabu, 6 November 2019 | 1:57pm
Kumpulan K-Clique. - NSTP/Asyraf Hamzah

Artis popular, bintang K-pop hangatkan konsert Lazada

KUALA LUMPUR: Konsert Lazada 11.11 Super Show kembali buat kali kedua dengan menampilkan artis popular tanah air, kumpulan K-pop, Apink, dan bintang Indonesia, Cinta Laura.

Bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 10 November ini, bermula jam 9 hingga 12.30 tengah malam, ia juga akan disiarkan menerusi aplikasi Lazada, saluran televisyen Media Prima seperti TV3 dan platform digital lain.


Kumpulan Hujan akan turut menjayakan Konsert Lazada 11.11 Super Show di Putrajaya. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

Antara artis tanah air yang akan menggegarkan pentas persembahan ialah Hael Husaini, Hujan, Siti Nordiana, Man Bai, Ayda Jebat, K-Clique, Fazura, Elly Mazlein, Naim Daniel, Ebby Yus dan Shiha Zikir.


Kumpulan Korea, Apink, antara artis yang akan menggegarkan Konsert Lazada 11.11 Super Show di PICC Putrajaya, Ahad ini.

Tidak ketinggalan menghangatkan acara ialah Eyka Farhana, Zizi Kirana, Sophia Liyana (De Fam) dan Shuk.


Nana lebih memberi tumpuan kepada karier dan membesarkan anak daripada memikirkan soal jodoh. Foto NSTP Surianie Mohd Hanif

Penyampai Hot FM, Haziq Hussni, pula sekali lagi diberi mandat sebagai mengacara konsert terbabit, bersama-sama Fiza Sabjahan dan Sean Lee.

Ketika acara berlangsung, platform e-dagang berkenaan turut menawarkan orang ramai peluang memenangi baucar eksklusif bernilai RM1,000 dengan menyertai permainan interaktif disediakan penganjur.

Berita Harian X