Khamis, 29 Ogos 2019 | 5:55pm
ORANG ramai teruja mencuba perkhidmatan yang ditawarkan DuitNow ketika siri jelajah ABPBH 32 di Aman Central, Alor Setar, baru-baru ini. Foto Eizairi Shamsudin

Ganjaran hebat DuitNow hangatkan kempen ABPBH 32

KUALA LUMPUR: Pakej percutian ke Korea Selatan untuk dua pasangan pemenang antara ganjaran menarik ditawarkan DuitNow sempena penganjuran Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32.

DuitNow dalam satu kenyataan media memaklumkan, ganjaran istimewa itu menanti pelanggan BH Digital dan mereka yang menggunakan perkhidmatan perbankan terbabit.

“Peminat hanya perlu melakukan transaksi atau mengundi bintang ABPBH 32 menggunakan perkhidmatan itu. Tiada had transaksi diperlukan,” katanya.

Selain itu, 50 pemenang bertuah pula berpeluang menghadiri malam kemuncak ABPBH 32 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September ini.

“Peminat hanya perlu membuat undian dengan DuitNow untuk memenangi dua tiket eksklusif ke acara itu.

“Dua pemenang harian akan dipilih dan diumumkan menerusi laman sosial rasmi ABPBH setiap minggu,” katanya.

Sementara itu, 20 lagi peminat terpilih berpeluang menikmati makan malam dan beramah mesra bersama pemenang kategori anugerah DuitNow iaitu Penyanyi Lelaki Popular DuitNow serta Penyanyi Wanita Popular DuitNow.

“Undi sekarang untuk memenangi ganjaran yang ditawarkan sebelum tarikh tutup pada 15 September ini.

“Sokong bintang tanah air pilihan dengan melanggan BH Digital untuk melayakkan anda mengundi,” katanya.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pembaca juga berpeluang melanggan BH Digital dengan hanya 10 sen untuk sehari langganan.

DuitNow adalah perkhidmatan perbankan baharu yang diperkenalkan PayNet bagi menghantar dan menerima wang menerusi perbankan internet menggunakan nombor telefon atau nombor kad pengenalan yang didaftarkan dengan bank pilihan.

Layari duitnow.my atau Perbankan Internet /Mudah Alih Bank untuk keterangan lanjut.

INFO:

Cara mengundi menggunakan DuitNow:

LANGKAH 1:

Dapatkan DuitNow ID bintang pilihan anda(nombor telefon) di laman web ABPBH.

LANGKAH 2:

Log masuk ke Perbankan Internet anda dan pilih DuitNow pada menu “Funds Transfer”.

LANGKAH 3:

Masukkan:

• DuitNow ID bintang pilihan anda. Contoh: 0123456789

• Amaun pakej langganan BH Digital yang tepat. Contoh: RM0.10

• Nombor telefon anda pada ruangan “Recipient Reference”. Contoh: 0123456789

LANGKAH 4:

Aktifkan langganan BH Digital anda di laman web ABPBH, pada menu “Pengaktifan”.

Undian akan terus dikira selepas anda selesai melakukan transaksi langganan BH Digital menerusi DuitNow.

Berita Harian X