Selasa, 26 Mei 2020 | 11:13am
Petugas kesihatan Perkhidmatan Tindakbalas Kecemasan Perubatan mengusung seorangg pesakit COVID-19 untuk dipindahkan ke bot ambulans daripada pusat masyarakat Portel ke Hospital di hospital di Breves, Pulau Marajo. - Foto AFP
Petugas kesihatan Perkhidmatan Tindakbalas Kecemasan Perubatan mengusung seorangg pesakit COVID-19 untuk dipindahkan ke bot ambulans daripada pusat masyarakat Portel ke Hospital di hospital di Breves, Pulau Marajo. - Foto AFP

Brazil pertahan penggunaan hidroksiklorokuin rawat pesakit COVID-19

BRASILIA: Kementerian Kesihatan Brazil tidak berganjak dengan cadangan mengubati pesakit COVID-19 dengan hidroksiklorokuin, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menangguhkan ujian ubat berkenaan kerana masalah keselamatan.

Seperti rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro sudah menyatakan manfaat yang diharapkan dari hidroksiklorokuin dan ubat yang berkaitan, klorokuin, terhadap rawatan COVID-19.

Bagaimanapun, beberapa kajian mempersoalkan keselamatan dan keberkesanannya pil berkenaan merawat pesakit COVID-19, termasuk satu kajian di jurnal perubatan The Lancet, Jumaat lalu, mendapati bahawa ubat-ubatan tersebut sebenarnya meningkatkan risiko kematian.

Itu menyebabkan WHO menangguhkan percubaan klinikal hidroksiklorokuin di seluruh dunia sebagai rawatan COVID-19.

"Kita tetap tenang dan tidak akan ada perubahan pada garis panduan Brazil yang dikeluarkan minggu lalu," kata pegawai Kementerian Kesihatan, Mayra Pinheiro pada sidang media.

Garis panduan yang disarankan doktor dalam sistem kesihatan awam menetapkan sama ada hidroksiklorokuin dan ubat yang berkaitan, klorokuin daripada permulaan pesakit dikesan gejala jangkitan COVID-19.

Brazil, negara Amerika Latin yang berdepan situasi terburuk pandemik COVID-19 sekali gus menjadi epicenter terbaharu penularan virus itu, dengan hampir 375,000 kes - yang kedua tertinggi di dunia, selepas AS dan lebih 23,000 kematian.

Hidroksiklorokuin biasanya digunakan untuk mengubati penyakit auto imun, sementara klorokuin pula umumnya digunakan untuk melawan malaria.

Pinheiro mempersoalkan kajian Lancet, yang menganalisis rekod perubatan 96,000 pesakit di ratusan hospital.

"Ini bukan percubaan klinikal, itu hanya data yang dikumpulkan daripada berbagai negara, dan itu tidak memenuhi kriteria kajian yang dapat diterima secara metodologi untuk dijadikan rujukan bagi mana-mana negara di dunia, termasuk Brazil," katanya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X