Selasa, 7 Januari 2020 | 5:21pm
Sebuah rumah rosak selepas gempa bermagnitud 6.5 melanda Guanica, Puerto Rico. - Foto AFP

Gempa bumi 6.5 magnitud landa Puerto Rico

WASHINGTON: Gempa bumi kuat melanda selatan Puerto Rico pada Selasa pagi, kata Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat.

Gempa bumi pada skala 6.5 magnitud itu melanda kawasan 13.6 kilometer di selatan bandar Ponce, kata Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS) yang menyemak semula bacaan awal 6.6 itu.

Ia dijangka tidak menyebabkan tsunami, kata Pusat Amaran Tsunami.

Gempa bumi pada skala 5.8 magnitud menggoncang pulau itu pada hari Isnin, meranapkan rumah dan menyebabkan gangguan kuasa, tetapi tiada korban dilaporkan. - AFP

Berita Harian X