Selasa, 7 Januari 2020 | 3:31pm
- Foto hiasan

Jerman tarik balik beberapa tentera dari Iraq

BERLIN: Jerman akan mengeluarkan sebahagian tenteranya yang ditempatkan sebagai sebahagian daripada gabungan anti-IS di Iraq, kementerian itu berkata pada Selasa, dalam perkembangan terbaru berhubung serangan dron Amerika Syarikat (AS) yang membunuh komander tentera paling berpengaruh Iran.

Kira-kira 30 tentera ditempatkan di Baghdad dan Taji akan dipindahkan ke Jordan dan Kuwait, kata jurucakap kementerian pertahanan kepada AFP, sambil menambah bahawa pengeluaran itu akan "bermula tidak lama lagi". - AFP

Berita Harian X