Rabu, 23 Oktober 2019 | 11:12pm

Wanita parah dibaham jerung

POLYNESIA : Seorang pelancong Perancis cedera parah selepas menjadi mangsa serangan jerung dalam satu kejadian yang jarang berlaku di Polynesia.

Mangsa berusia 35 tahun sedang berenang di kepulauan Moorea pada satu lawatan melihat ikan paus Isnin lalu, apabila jerung bermuncung putih menggigit bahagian dada dan lengan wanita berkenaan.

Menurut perkhidmatan kecemasan, mangsa kehilangan kedua-dua belah tangan dalam tragedi itu malah sebahagian buah dadanya turut hilang.

Stesen radio tempatan, Radio 1 melaporkan, serangan terbabit berlaku di hadapan ahli keluarga wanita itu, termasuk anak lelakinya yang berusia enam tahun.

“Mangsa dibawa ke darat pada kadar segera, berhampiran Hotel Intercontinental di Moorea dan diberi rawatan awal oleh pasukan paramedik,” kata stesen itu.

Seorang saksi memberitahu, melihat wanita berkenaan dengan sebelah tangan terkulai dan mencetuskan keadaan panik kepada orang ramai.

Mangsa kehilangan banyak darah dan terpaksa diterbangkan ke hospital berhampiran di Tahiti. - Agensi

Berita Harian X