Khamis, 19 September 2019 | 10:14am
TAUFAN Humberto menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada hampir 16,000 rumah dan perniagaan di Bermuda.

Humberto landa Bermuda, 16,000 rumah bergelap

HAMILTON: Taufan Humberto menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada hampir 16,000 rumah dan perniagaan di Bermuda, menurut syarikat elektrik Belco, ketika ia menghampiri kepulauan kecil di Atlantik itu.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) yang beribu pejabat di Miami meletakkan pusat ribut itu kira-kira 120 kilometer ke utara Bermuda pada jam 9.00 malam waktu tempatan, dengan angin maksimum 195 kilometer sejam.

Ia dijangka melepasi ke utara Bermula lewat semalam atau tengah malam, dengan hujan mencecah 15 sentimeter.

“Taufana Humberto satu ancaman,” kata Perkhidmatan Cuaca Bermuda.

Nasihat terbaru NHC menyatakan, sehingga hujan sehingga tujuh sentimeter dilaporkan di beberapa bahagian pulau itu petang semalam.

Pada tengah hari, penduduk menyelamatkan perabot di luar rumah dan sebahagiannya melindungi tingkap dengan kayu.

Kedai runcit dan pejabat ditutup lebih awal.

Kerajaan menasihatkan penduduk menjauhi jalan raya sehingga kebenaran diberikan.

Ia membuka pusat perlindungan kecemasan di Akademi Cedarbridge, sekolah tinggi terbesar di kepulauan itu. — AFP/Reuter

Berita Harian X