Sabtu, 24 Ogos 2019 | 5:43pm
KAPAL angkasa Soyuz membawa robot manusia pertama Russia hari ini gagal berlabuh secara Automatik di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). - Foto Reuters

Soyuz bawa robot pertama ke angkasa gagal berlabuh

MOSCOW: Kapal angkasa Soyuz membawa robot manusia pertama Russia hari ini gagal berlabuh secara Automatik di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor agensi berita Moscow.

Menurut laporan agensi itu, kapal angkasa terbabit yang dijadualkan berlabuh pada jam 5.30 pagi (waktu tempatan) mencuba beberapa kali selepas gagal kali pertama.

Agensi angkasa lepas Russia, Roskomos yang menyiarkan acara itu secara langsung turut terjejas disebabkan kedudukan kapal angkasa Soyuz yang berada kira-kira 100 meter daripada ISS.

Robot yang dinamakan Fedor, perlu menghabiskan masa selama 10 hari pembelajaran untuk membantu angkasawan di stesen angkasa lepas.

Hasil objek kajian penyelidikan demonstrasi akhir yang singkat, menjadikan Fedor ciptaan pertama yang dihantar oleh Russia.

Fedor berlepas dengan menaiki kapal angkasa Soyuz MS-14 dari pangkalan udara Baikonur, Russia di Kazakhstan dan sepatutnya berada di angkasa lepas sehingga 7 September depan.

Kapal angkasa Soyuz direka khas untuk tugasan sedemikian tetapi kali ini tidak ada manusia yang diterbangkan bersama untuk menguji sistem keselamatan kecemasan baharu.

Sebagai mengambil alih tugas angkasawan, Fedor yang juga dikenali sebagai Skybot F850, dengan ketinggian 1.80 meter dan berat 160 kilogram diletakkan di tempat duduk khas untuk juruterbang, sambil memegang bendera Russia di tangan. - AFP

643 dibaca
Berita Harian X