Rabu, 21 Ogos 2019 | 11:14am
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison. Foto EPA

Australia sertai misi di Selat Hormuz

SYDNEY: Australia akan menyertai misi diketuai Amerika Syarikat, bagi melindungi laluan perkapalan di sepanjang Selat Hormuz ketika ketegangan dengan Iran semakin memuncak, kata Perdana Menteri Scott Morrison hari ini.

Morrison berkata, Australia akan menyediakan sebuah kapal perang kecil, pesawat peninjau maritim P8 dan kakitangan sokongan untuk misi yang turut disertai angkatan tentera Britain itu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo dan Setiausaha Pertahanan, Mark Esper meminta bantuan Australia untuk membuat rondaan di perairan strategik itu ketika berkunjung ke Sydney awal bulan ini.

Langkah itu diambil susulan beberapa insiden, termasuk penahanan sebuah kapal tangki membabitkan Iran dan kuasa Barat, seperti Britain dan Amerika Syarikat yang berpusat di terusan utama negara Teluk itu. - AFP

Berita Harian X