Sabtu, 1 Jun 2019 | 4:47pm

5 cedera gempa bumi gegar Albania

TIRANA: Enam gempa bumi berlaku dalam tempoh dua jam dengan gempa pertama berkekuatan 5.3 magnitud menggegarkan timur laut Albania hari ini.

Kementerian Pertahanan berkata, lima orang cedera selain lima rumah dilaporkan rosak teruk akibat gempa itu.

Media tempatan melaporkan, lima mangsa cedera diakibatkan rumah runtuh sementara pihak berkuasa Albania berkata mereka sedang memantau keadaan semasa selepas gempa dan gempa susulan yang lain.

“Tiada situasi luar biasa dilaporkan berlaku di mana-mana daerah di negara ini,” kata Kementerian Pertahanan Albania.

Gempa pertama berpusat pada 15 kilometer dari selatan bandar Korce pada kedalaman 14 kilometer dan disusuli oleh gempa lain pada tempoh tujuh minit kemudian pada kedalaman 18 kilometer di kawasan yang bersempadan dengan Greece dan Macedonia Utara.

Gegaran berskala rendah berterusan berlaku di Korce dan kawasan selatan Gjirokaster yang terletak bersempadan dengan utara Greece. - Reuters

Berita Harian X