BAMAKO: Sekurang-kurangnya tiga anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) maut dalam serangan ke atas konvoi pertubuhan dunia itu di Mali, hari ini.
Bagaimanapun, jurucakap misi PBB di negara bergolak itu tidak mendedahkan warganegara anggota pengaman berkenaan.
Dalam kenyataan berasingan, pasukan tentera Bangladesh berkata, tiga anggota tenteranya terbunuh di Mali, manakala empat lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki melanggar peranti letupan.
Namun, tentera Bangladesh tidak menyatakan tempat berlakunya kejadian itu. - AFP