Ahad, 24 September 2017 | 7:01pm

Gempa bumi 5.9 magnitud gegar Chiapas, Mexico

LONDON: Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud menggegarkan kawasan pantai barat Mexico sebentar tadi, lapor Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC).

Menurut PTWC, pusat gempa bumi dipercayai terletak kira-kira 99 kilometer barat daya Tonala, Chiapas.

Ibu negara Mexico, Mexico City dikejutkan dengan gempa bumi 7.1 magnitud pada Selasa lalu yang memusnahkan ratusan bangunan dan mengorbankan sekurang-kurangnya 307 mangsa. - Reuters

Berita Harian X