Selasa, 5 Julai 2022 | 12:31am
Orang ramai meletakkan bunga di pekarangan pusat beli-belah yang menjadi lokasi kejadian insiden tembakan, kelmarin. - FOTO REUTERS
Orang ramai meletakkan bunga di pekarangan pusat beli-belah yang menjadi lokasi kejadian insiden tembakan, kelmarin. - FOTO REUTERS

Insiden tembakan di Copenhagen: Suspek direman di wad psikiatri

COPENHAGEN: Suspek utama kejadian tembakan yang meragut tiga nyawa di sebuah pusat beli-belah di Copenhagen, kelmarin, direman di sebuah kemudahan penjagaan psikiatri, semalam.

"Mahkamah mengeluarkan perintah untuk suspek berusia 22 tahun itu direman di sebuah wad psikiatri tertutup," kata Polis Copenhagen dalam satu kenyataan.

Menurut polis, suspek akan ditahan untuk sekurang-kurang 24 hari dan tempoh itu kemudian boleh dilanjutkan.

Terdahulu, pemuda berkenaan dibawa ke Mahkamah Daerah Copenhagen, tengah hari semalam.

Suspek yang memakai baju T berwarna biru, mendengar pertuduhan membunuh yang dibacakan terhadapnya, sebelum prosiding diteruskan secara tertutup.

Polis Denmark dilapor mendedahkan bahawa suspek dikenali dalam kalangan perkhidmatan kesihatan mental. - AFP

Berita Harian X