Rabu, 15 Julai 2020 | 10:17am

Polis Norway tahan suspek kes tikam

OSLO: Polis Norway hari ini menahan seorang suspek yang disyaki menikam beberapa wanita, mengakibatkan seorang mangsa yang maut di bandar Sarpsborg.

Pihak polis, dalam ciapan di Twitter semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai beberapa orang yang ditikam di beberapa lokasi sekitar Sarpsborg.

Difahamkan tiga wanita ditikam termasuk dua mengalami kecederaan kritikal dan beberapa media Norway melaporkan, salah seorang wanita terbabit maut akibat kecederaan yang dialami.

Menurut siaran NRK, salah seorang mangsa dikatakan mengenali penyerangnya dan seorang suspek sudah ditahan di sebuah lokasi di tengah Sarpsborg.

Motif serangan tidak diketahui setakat ini tetapi mengikut laporan akhbar tempatan, Sarpsborg Arbeiderblad, suami salah seorang mangsa berkata suspek datang ke rumah mereka.

"Kami sedang menonton televisyen apabila pintu rumah diketuk dan bila saya membukanya, suspek cuba menikam saya tetapi saya dapat menyelamatkan diri.

"bagaimanapun, suspek berjaya masuk ke dalam rumah dan mencederakan lengan isteri saya," katanya. - AFP

Berita Harian X