Khamis, 2 Julai 2020 | 8:34pm
Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CED) mengira jumlah undi untuk reformasi perlembagaan Russia di pusat penjumlahan undi di Moscow. Foto AFP
Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CED) mengira jumlah undi untuk reformasi perlembagaan Russia di pusat penjumlahan undi di Moscow. Foto AFP

Reformasi perlembagaan: Putin raih majoriti besar

MOSCOW: Rakyat Russia sebahagian besar menyokong reformasi perlembagaan yang akan membolehkan Presiden Vladimir Putin memanjangkan pemerintahannya, kata Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CED) hari ini.

Dengan semua undi telah dikira, CEC berkata 77.92 peratus menyokong pembaharuan, dengan jumlah pengundi yang membuat pemilihan kira-kira 65 peratus.

Rakyat Russia mula mengundi minggu lalu untuk pakej perubahan perlembagaan yang dicadangkan oleh Putin, termasuk penetapan semula had penggal presiden yang membolehkannya dicalonkan dua kali lagi selepas penggal semasa enam tahun berakhir pada tahun 2024.

Pindaan lain akan memperkuatkan kuasa presiden dan Parlimen, menerapkan nilai tradisional termasuk larangan perkahwinan gay yang berkesan dan menjamin gaji dan pencen minimum yang lebih baik.

Dua dewan Parlimen Russia sebelum ini meluluskan pindaan itu, tetapi Putin berkata ia hanya akan berkuat kuasa sekiranya disokong oleh majoriti pengundi.

Pengkritik terkemuka Kremlin, Alexei Navalny, menyifatkan keputusan awal itu menunjukkan sokongan kuat rakyat Russia terhadap pembaharuan sebagai 'pembohongan besar' yang tidak mencerminkan kenyataan. - AFP

Berita Harian X