Sabtu, 13 Jun 2020 | 11:01am
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP

WHO nasihati ibu positif COVID-19 teruskan penyusuan

GENEVA: Golongan ibu yang dijangkiti COVID-19 boleh terus meneruskan penyusuan dan tidak diasingkan daripada bayi mereka, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

WHO berkata, manfaat daripada susu ibu adalah melebihi daripada risiko tersebarnya jangkitan wabak berkenaan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu sidang media maya memaklumkan agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menjalankan penyelidikan menyeluruh mengenai risiko penyebaran jangkitan COVID-19 melalui amalan penyusuan.

"Kita tahu golongan kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk dijangkiti COVID-19, tetapi berdepan risiko tinggi terhadap pelbagai penyakit lain dan keadaan yang menghalang penyusuan.

"Berdasarkan bukti yang ada, WHO menegaskan manfaat daripada penyusuan susu ibu lebih tinggi daripada risiko tersebarnya COVID-19," katanya.

Tedrod berkata, justeru itu, penyusuan susu ibu wajar diteruskan kecuali bagi ibu yang keadaan kesihatannya kritikal.

Sementara itu, Penasihat Kanan bagi Kesihatan Reproduktif dan Penyelidikan, WHO, berkata setakat ini virus yang menyebabkan jangkitan wabak itu tidak dijumpai dalam susu ibu. - AFP

p>

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X