Khamis, 21 Mei 2020 | 5:53pm
Jumlah pendatang muda yang menyeberangi terusan dari Perancis ke Britain menunjukkan peningkatan ketika pandemik COVID-19. - Foto fail AFP
Jumlah pendatang muda yang menyeberangi terusan dari Perancis ke Britain menunjukkan peningkatan ketika pandemik COVID-19. - Foto fail AFP

COVID-19: Lebih ramai pendatang masuk ke Britain ketika krisis

LONDON: Jumlah pendatang muda yang menyeberangi terusan dari Perancis ke Britain menunjukkan peningkatan ketika pandemik COVID-19.

Ini berikutan sekatan perjalanan yang memaksa mereka menaiki bot berbanding trak.

Menurut Ketua Eksekutif Majlis Kent County, Roger Gough, berkata dianggarkan seramai 230 hingga 250 pendatang muda yang menyeberangi laluan itu sejak setahun lalu.

"Bagaimanapun, angka pendatang muda ini dilaporkan meningkat berkali ganda.

"Buat masa ini terdapat kira-kira 470 pendatang dengan akan ada dalam kalangan mereka yang akan tiba pada bila-bila masa," katanya kepada AFP.

Percubaan untuk menyeberangi laluan itu meningkat sejak penghujung 2018, walaupun mereka berdepan isu keselamatan seperti lalu lintas maritim, arus yang kuat dan suhu air yang rendah.

Pada 2019, kira-kira 2,758 pendatang diselamatkan oleh pihak berkuasa Perancis dan British ketika cuba menyeberangi selat itu dan jumlah itu adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding 2018, mengikut sumber rasmi Perancis.

Pandemik COVID-19 telah meningkatkan lagi trend pendatang untuk menyeberangi terusan berkenaan. Menurut sumber polis di Calais, sekatan untuk penduduk berada di rumah bagi mengekang penularan COVID-19 turut menyumbang kepada peningkatan kes pendatang yang mengambil peluang menggunakan jalan laut.

"Dalam tempoh perintah berkurung dijalankan, pantai ditutup sepenuhnya dan ramai pendatang secara tidak langsung menggunakan kesempatan yang ada kerana ketiadaan penduduk tempatan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa," katanya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X